Oktober Dan Percutian

Selamat datang November dan tinggallah memori Oktober. Hehehe mungkin ade yang pahit dan mungkin ade yang manins. Namun sebagai khalifah dibumi yang semakin tua ini kit aperlu juga meneruskan sisa baki kehidupan kita yang sementara ini. Perghhh insaf sekejap hahahaha.

Siapa perasan atau aku je kot yang perasan bulan oktober ini ramai yang memilih untuk bercuti kan macam aku jugak la tiga tahun  aku memang bercuti ke luar negara pada bulan oktober. Cuma tahun ini sahaja tak berkesempatan nak ke mana-mana akibat beberapa perkara yang tidak dielakan. Namun diriku dah seakan terbang ke New Zealand bila dapat kiriman dari kawan ku yang sedang bercuti di sana. Heheeee terima kasih Naim Hashim.

3458cd40-a69c-482c-961a-232cdce6c2ee

New Zealand juga antara destinasi yang aku idamkan untuk aku kunjungi selain daripada Jepun dan turki. Ye la bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan. Melihat daripada beberapa penulisan blog baru baru ini membuat aku memang betul-betul berkeinginan untuk kesana. Insyallah kalau ade rezeki nanti mungkin sampai la disana nanti.

Bercerita mengenai percutian oktober aku nak menyingkap la kenangan 3 tahun sebelum ini yang pernah aku kunjungi.

Tahun 2014 – Vietnam

10702188_10205088967928806_7834834605564725991_n

Hahahahahah Vietnam ni memamng first time aku dan kawan aku sorang ni bercuti berdua. Sebab konon nak buat travel buddy la setiap tahun aktiviti bersama. Masa tu memang kami first time berjalan berdua without any tourist guide atau sesiapa la yang dah berpengalaman berkunjung kesana. Ahahahahah tapi experience die jangan cakap la memang best. Makan shopping tempat menarik die semua kami cover dan semuanya kami buat research sendiri cuma ade bebrapa tempat yang kami tak sempat nak singgah jugak la tapi kami rasa kami sangat PUAS. Antara pengalaman kami ialah hampir ditipu seorang pakcik tua yang menjual air kelapa dan juga yang satu lagi tu hahah biarlah rahsia.

Tahun 2015 – Perth Australia

1200px-Flag_of_Australia.svg

Keluar sikit dari Negara ASIA kami berkunjung pula ke Perth Australia. Perth memang sangat sangat cantik dan aku memang suka ke sana. Kat sana sini aku dapat satu pengalaman bari iaitu memandu di sana yelaa bukan sennag nak memandu kat negara orang ni hahahahah bawak pon control je yelaa takut kene speed trap hahaha. Kami disini menetap di sebuah rumah houste di Secret Habour dan tuan rumahnya merupakan orang Johor. Kak Aniza  memang baik. Bagi sesiapa yang merancang nak bercuti di Perth nak nak cari housestay boleh follow ig beliau @perth_secret_homestay .

Tahun 2016 – Melbourne Australia

shah_arshad

Siapa yang cintakan alam semula jadi boleh berkunjung ke Perth manakala yang ingin hidup di sisi bandar yang serba moden boleh berkunjung ke Melbourne. Juga kami memilih untuk menetap di Housestay milik orang Malaysia yang menetap disana. Cuma di Melbourne 100% kami menggunakan perkhidmatan kenderaan awam kerana semua tempat boleh diakses melaluinya. Memang sungguh terancang bandararaya Melbourne ni. Kalau dah berkunjung ke Melbourne ni kene pergi semua tempat yang dicadangkan sebab memang betul betul berbaloi. Makanan halal pon memang senang nak dapat macam jugak perth. Oh lagi satu kalau berkunjung ke Australia jangan lupa beli perfume sebab memang sangat-sangat murah. Oh untuk perjalanan ke Melbourne juga aku sempat berkongsi pengalaman aku disana di dalam suratkhabar KOSMO.

MelbourneOklah mungkin tahun ni tak de rezeki nak ke Luar Negara tapi insyallah Allah maha pemberi rezeki. Mana tahu dapat sponsor pulak ke Jepun satu hari nanti hahahahah mana la tahu hehehheeh. Kalau anda sedang bercuti tu rancang la perjalanan anda sebaiknya buat research, baca pengalaman orang kat sana dan macam-macam lagi boleh buat.

 

#KitaSamaSamaKongsi