ROCKSTAR RUN – BERLARI BAK SUPERSTAR

Kemain tajuk entry ko kali ni kan, hahahahaha persis JUARA LAGU. Bahhahaah kali ini abang nak kongsikan cerita dan susur galur perjalanan program larian yang baru sahaja abang sertai selepas HARI RAYA AIDILFITRI yang nescaya menternak lemak dengan jayanya. Selepas episod larian STANDARD CHARTED (klik Sini) bulan Mei yang lalu larian abang terhenti dik bulan puasa dan syawal yang menjelma.

Untuk makluman juga abang mencuba untuk beraksi buat pertama kalinya bagi kategori 10KM pula. Perghhhhh macam tak caya kan. Walaupun training die yang yang ado ja tapi alhamdulilah abang berjaya melaksanakan nya. Nah pose abang sejurus tamat acara.

IMG_3037

Semua peserta dah start berkumpul di depan PLAZA SHAH ALAM SEK 9 kira-kira jam 6 pagi kerana flagg off  dijangka pada 6.30 pagi. Sesi warm up dijayakan oleh trainer zumba yang berpengalaman yelah kene la warm up dulu kang tak pasal terseliuh sana sini pulak. Menurut penganjur THE RUNNING DIVA MALAYSIA kira-kira 3700 terlibat bagi larian ini wowwwwww.

IMG_3030

Bila dah dilepaskan abang pon berlari orang kata 5km pertama sangat penting untuk mendapatkan pace yang betul supaya ko takkan terpancit nanti alhamdulilah 5km tanpa berhenti abang berjaya lakukan. Lepas 5km tu ade la abang berlari-lari anak dan bermanja-manja dengan orang-orang sekeliling.

IMG_3035

Route kali ini agak ok laa dari Bukit tunku CHOW KIT RUN (klik Sini) tempoh hari naik pitam abang mendaki. Dan tak pernah tahu pulak selok belok sek 6 ni sampai ke bukit bandaraya sampai ke setia alam perghhhhh. Jauh jugak abang berlari ye hahahahaha. Ok layan je lah gambar abang ni ha. Oh lepas ja event kami pi brekafast dulu then singgah ke Dataran Kemerdekaan untuk ambil gambar POST – RUNNING.

IMG_3070

IMG_3059

IMG_3068

Next event – IJM SEREMBAN RUN jumpa nanti tegur tegur la.

 

#KitaSamaSamaKongsi