12 KM – PUAS ATAU TIDAK?

SP HALF MATARATHON

Akhirnya Program yang sepatutnya berlangsung 16 September yang lalu berjaya di laksanakan pada Sabtu yang lepas. SP Half Marathon berlangsung dengan penuh jayanya. Aku macam biasa ambil kategori 12 km, kiranya ini first time ambil kalau tidak 10 km sahaja tapi waktu pendaftaran memang tak de 10km dalam list tersebut so aku terus tawakal aja lahhhh. hehehhee

IMG_5673

Nasib pada hari larian yang berlangsung pada Hari Sabtu tu hari Jumaat sebelumnya public Holiday so aku ambil keputusan nak naik bas je dari Kuala Lumpur ke Kedah.  Yela pelan asal dah beli tiket flight tapi melancong tempt lain (kilk sini). Heheh so satu malam sahaja di Kedah. Sehari sebelum larian dapatlah tengok sendiri race kit yang diambil. Heheheh.

IMG_5711[1]

 

Acara sepatutnya bermula pada 630 pagi bagi Kategori 12km dan 6.10 pagi bagi kategori 21km namun akibat datang lambat jam 645 pagi baru aku dan teman start berlari hahahahahah bayangkan laa macam mana kelam kabut nya kami berlari. Lebih kurang 1km baru la nampak kelibat orang yang berlari tadi.

Untuk route larian kali ini agak biasa ja tapi memang best. Hahahah yelaa 3 tahun ko belajar kat Sungai Petani tu ade jalan jalan yang tak pernah kau lalu pun bahahahahah. Pelik juga aku sebenarnya ni jalan mana ni tembus kat mana, Namun suasana 3 tahun dulu masih segar dalam ingatanku .. Oh rindunya Sg Petani.

IMG_5679

Ok lebih kurang 1 Jam lebih jugak berlari akhrinya aku sampai ke garisan penamat. bahahahah baju jangan  cerita la lenjun mandi peluh. Sampai je sana terus cari kawan kawan yang dah samai terlebih dahulu dan terus ambil gambar.

IMG_5688

Oh untuk event kali ini puas ke. Puas sangat tapi tulaa macam tak meiah sangat event kali ini berbanding larian sebelumnya ye laa mungkin pelan asal yang dirancang tergendala sebab ade perkara yang tidak dapat dielakan. So mungkin sebab itulah tak meriah sangat.

Okai! update pada hari ini 28/9 adalah result dari larian hari tersebut bahahahaha macam tak percaya je uolss hahahaha tapi kira ok lah kan beginner macam aku ni. =)

Untitled

21768188_10209827826120461_6457287830316897897_n
Sumber : http://bit.ly/2xzPNTU

Lebih kurang setengah ambil gambar semua kami terus balik dan bersarapan di Kulim. Maaf tak sempat nal ambil gamabr sebab lapar sangat bahahahah. Then waktu dalam perjalanan balik aku ade cakap ngan kawan aku nak masak Kue Teow Goreng untuk lunch nanti so singgah kedai beli la barang-barang nak masak kue teow. Maka terjadilah Kue Teow Goreng ini. Nah Resipi :

2 Paket Kue Teow (Leraikan)

5-6 Biji Bawang Merah Kecil

3 Biji bawang putih

5 Biji Cili Padi 

*di tumbuk kesemuanya

6 Sudu Besar Cili Boh 

Fish Ball/Fish Cake

2 Sudu besar Sos Tiram 

3 sudu Besar Kicap 

Sayur Sawi & Taugeh 

2 Biji Telur * Masukan bila kue Teow Dah Di gaul dengan bahan cili tadi
IMG_5694

#KitaSamaSamaKongsi

 

 

HARI MALAYSIA – DI PUNCAK

sphmbanner

Pelan awal pada hari Malaysia minggu lepas nak berlari di Sungai Petani sempena SP Half Marathon, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan event pada hari tersebut terpaksa di tunda pada 23 September ini. Ini kerana kerajaan negeri Kedah sedang berkabung selama seminggu atas kemangkatan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Alfatihah.

21479952_2021608364726056_2127117883744976896_n

Malam 15 September tu aku ke Penang dengan menaiki flight, kisahnya pulak flight aku 3 kali delay, hahaha angin aku sampai penang dekat 1230 malam pisang kawan aku tunggu kat airport. Ok sampi rumah dalam 1 lebih memang tak larat terus ja la tido. Oh sempat juga plan dengan die ngan pergi hiking ke-esokan paginya.

Pagi tu lebioh kurang jam 8 pagi aku dan member aku gerak ke Bukit Mertajam atau kawasan die Choruq Tokun kat situ ade sebuah bukit yang selalu jugak orang datang hiking and memang. Waktu aku sampai situ memang banyak kereta yang duk parking tambahan ade pulak event sempena dengan Hari Sungai.

IMG_5287

Kami memulakan perjalan mendaki ke atas bukit tu lebih kurang jam 845 pagi. Pergh agak mencabar jugakla bukit ni jauh lebih mencabar daripada bukit yang bertrek kat kl ni. lepas satu jam baru sampai Check point yang orang berhenti untuk buang air dan berehat. Lepas tu kami naik semula ke atas sampai la kami jumpa open deck yang dapat lihat Empangan Mengkuang. Ya Allah cantiknya. Memang hilang penat terus nampak pemandangan kat sini.

IMG_5259

 

IMG_5258

Lebih kurang 20 minit jugak la kita orang duduk kat sini posing-posing bagai ahhahahah. Then kita orang meneruskan perjalan naik ke puncak dalam setengah jam lagi. hahahahah Penat wei !! Dah sampai puncak pose lagi la apa lagi ahahahahaha.

IMG_5261

Well dah dekat 2o minit jugak kita orang lepak rehat kat atas ni. MAsanya untuk kita turun. Naik satu hal, turun pun satu hal!! hahahahahahaha serious wei terasa urat urat ko meregang habis ahhahahaha . Sampai je kat bawah tu kita orang pun singgah singah di tapak pameran kat bawah ni.

 

So dah habis ronda aku pun balik, kat luar kawan aku tunjuk bukit yang aku naik tadi tu wowww macam tak percay aje wei aku sampai ke puncak bukit nie, Bahahahahah

#KitaSamaSamaKongsi

IMG_5389