SHAH X PANTAI TIMUR – JALAN JALAN KUALA TERENGGANU

Dah puas kami sarapan di Pasar Kedai Payang dan jalan jalan. Kami ambil masa untuk ke Perkampungan cina di kawasan tersebut. Sebab apa sebab banyak mural-mural yang cantik ala ala di Georgetown. Penat juga jalan kaki di sekitar kawasan kampung ni lepas tu hujan pulak hahahahahah . Nah layan je gambar gambar posing di sekitar Kampung Cina Kuala Terengganu.

IMG_9866

IMG_9933

Haaaaa jangan tak tahu kat terengganu pun ada kawasan cantik-cantik macam ni. Selain daripada mural ni ade juga cafe-cafe yang boleh anda singgah. Sebba kita orang dah kenyang kita orang lalu je laaa tepi-tepi ni tengok-tengok dan ambil gambar itu jela mampu hahahahah.

Muzium Terengganu

Selepas kami puas bergambar disekitar kawasan Kampung Cina, kami bergerak menuju ke Muzium Terengganu pula kira kira 20 minit perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu. Muzium ni memang dari dulu lagi teringgin nak pergi ke sini sebab nampak macam gah banggunan dia yang penuh elemen tradisi terengganu.

IMG_0115
Nampak Tak Excited Tu.

Dalam muzium pelbagai koleksi di pamerkan, antaranya susur galur Sultan dan Permaisuri Terengganu, Barangan tradisional, Kain songket kain batik, Muzium petronas dan juga bahan pameran tentang wira-wira sukan negeri Terengganu.

IMG_0039
Kereta Yang Digunakan MB Terengganu

MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU

Kat dalam muzium tak ambil pula gambar ahahha hanya diluar sahaja heheheheh sebab tengan khusyuk tengok peninggalan sejarah kat sini. Dah puas kami menghafal sejarah-sejarah Terengganu kami bergerak pula ke Masjid Kristal Terengganu. Ini merupakan kunjungan kali aku kedua disini tak jauh pun dari Muzium ni. Sebelum sampai kesini anda akan melalui Taman Tamadun Islam, Tapi aku tak masuk pun sebba hari hujan kan takur rugi pulak berjalan-jalan kat dalam tu. Lagipun dah pernah masuk dah sebelum ini.

IMG_0122

Aku sempat menunaikan solat zuhur disini, tapi hati aku mamaca terusik sikit melihat keadaan masjid ini seperti tidak terjaga, dengan bumbungnya yang bocor syiling yang runtuh aduhh sayang sekali. Apa pun aku harap ada lah pihak yang berwajib membuat sesuatu sebelum terlambat. Sayang seribu kali sayang.

Banyak lagi mungkin tempat nak jalan-jalan kat Kuala Terengganu ni, tapi dek kerana cuaca yang tidak mengizinkan aku pun tak dapatlah nak jalan jalan kat sini. Tapi Alhamdulilah so far memang dah cover semua dah. Ok untuk post seterusnya nantikan tempat makanan daripada sarapan pagi yang terbaik sehingga ke menu minum petang okai.

#KitaSamaSamaKongsi

ShahXPantaiTimur Day1

ShahXPantaiTimur Day 2

SHAH X PANTAI TIMUR – TERENGGANU

Selesai di Kuantan kami lanjutkan perjalan kami ke Kuala Terengganu pula. Melalui Jalan Pantai ternyata sangat menenangkan dan tak da la mengantuk sangat sebab kiri kanan ade  ja pemandangan nak tengok. Sebelum sampai ke sempadan Terennganu tu anda akan melalui Gebeng  dan Cherating cuma jalan di Gebeng ajak mencabar jugak la dengan jalan raya bewarna merah dan berlopak sana sini.

IMG_9782

Taraaa…………… sampai juga kami di Teregganu, sebelum kami menuju terus ke KT, kami singgah dulu di kemaman untuk minum-minum petang. Kami singgah di gerai betul betul di depan rumah tamu yang dalam pembinaan dan terletak di bahu Jalan selepas stesen bas. Memang kedai ni jadi tumpuan untuk makan otak otak dan satar, So kami order 1 set Otak-otak dan 1 Set Satar. Ya Allah memang sumpah sedap =) so korang yang dalam perjalan ke KT tu boleh la singgah tau. Alaa nama kedai memang tak nampak tapi kalau anda masuk je simpang kuala kemaman tu jumpa la kedai  tu.

Kenyang banyak wei, hahahahaha jauh lagi perjalanan ni nak sampai ke KT, kene tempuh Chukai, Kerteh, Dungun then baru la sampai ke KT, dekat 3jam lagi la kot, Tapi jalan berdua ni ok laa tak ade la ngantok sangat duk borak pasal duniawi ja. hahahahaha. Kami Sampai di Kuala Terengganu kira-kiram Jam 9 Malam, mas atu memang hujan sangat lebat so lepas ja check in Hotel terus kami mandi mandi ye la takot demam ke esokan hari nya pulak. Makan malam? ohh memang tidak la weii kenyang tahap dewa dewa dah sengkak perut dah . Terus tido dalam kekenyangan.

JOM SARAP UOLSSS – TERENGGANU DAY 2

lena diulit kekenyangan malam tadi. Hahahah masing masing tak sedarkan diri ye la akibat drive dan makan makan dan makan. Hari ini kami bangun awal untuk menuju ke tempat menarik sekitar Kuala Terengganu. Tempat pertama yang kami tujui adalah Pasar Kedai Payang. Ini adalah tempat untuk anda dapatkan pelbagai jenis barangan asli Terengganu daripada makanan sampai la barangan keperluan rumah dan juga diri sendiri. Kami tiba seawal jam 7.30 pagi dan rata kedai kedai disitu belum bukak lagi. Bagi anda yang baru ke sini jangan risau tak tahu mana nak parking boleh parking di bangunan warna-warni sebelah Pasar ini atau pon boleh parking di Pulau Warisan.

IMG_9986

Okai cerita bab makanan ni. Sarapan apa je hari ni hahaha. Okai banyak kedai yang disediakan means kedai makan laa kat atas Pasar Payang ni. So aku teringin nak rasa Pulut dengan Ikan Kering, apom manis dan ade sejinis kuih macam cakoi kawan aku ambil nasi minyak bersama ayam masak merah. Dah laa sedap murah pulak tu. Memang berbaloi-baloi kunjungan kami ke sini. Nah Bagi gambar lagi

IMG_9823

Dah makan tu untuk bakar balik kalori tadi kami pun pusing pusing di  dalam kawasan Pasar Kedai Payang, Weh memang rambang mata laa nak pilih. Hhahaha lepas tu macam-macam jenis kuih tradisional Terengganu dan juga makanan yang lain ada dijual disini. Rempah-rempang dan pelbagai jenis beras khusus untuk nasi dagang dijual disini.

Ok, memang naisb kami tak begitu baik dari pagi asyik hujan renyai ja, so dalam keadaan tersebut kami tetap nekad nak pusing-pusing kawasan sekitar Kampung Cina berdekatan Kedai Pasar Payang. Tapi sebelum tu kami berjalan menuju ke Masjid Putih di kawasan berdekatan yang juga merupakan tarikan di bandar Kuala Terengganu.

IMG_0014

IMG_0021

Ok kita berhenti sini dulu, nanti kita sambung pasal apa yang menraik dan tempat wajib untuk ambil gambar di Kampung Cina Kuala Terengganu ini, okai.

ShahXPantaiTimur Day 1

#KitaSamaSamaKongsi

SHAH X PANTAI TIMUR – DAY 2

Semalaman kami di Kuantan, kami bergerak untuk menuju ke Kuala Terengganu pula, namun ade perkhabaran yang kurang enak kami dengar dimana jalan menuju ke Kelantan telah pun dinaiki air. So kami putuskan untuk tidak menuju ke negeri Cik Siti Wan Kembang seperti yang dijadualkan. Jadi kami gerak lambat sikit dan pusing pusing lagi di Sekitar Kuantan untuk mencari tempat makan yang terbaik!!!.

Jam dah menunjukan pukul 10 pagi, kami mencari dahulu menu makanan sesuai untuk minum pagi. Pusing punya pusing tibalah kami di satu kedai betul betul bersebelahan Petronas jalan menuju ke Tanjung Lumpur. Memang banyak makanan yang ade di situ hampir tak terpilih. Tapi niat di hati memang mencari makanan yang sedap sedap semuanya. Jesteru itu saya memilih untuk makan Laksam dan juga Kuih Nagasari di kedai tersebut. Nama kedai? Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur .

 

Hampir sejam kami disitu juga menunggu seorang rakan di Kuantan dan berbual-bual kosong kami menuju pula ke tempat makan untuk menu tengahari ini. Wehhh asyik makan je hahahaha dah nama pon berjalan kan kalau tak cari tempat makan tak sah lah betulkan? Destinasi seterusnya di ANA IKAN PATIN. Kedai nya terletak di Jalan Bandar jadi anda kena  tiba disini sebelum waktu makan tengahari sebab tempat parkir yang terhad dan juga kawasan tumpuan untuk makan tengahari. Kali ini aku memilih untuk tidak makan nasi, cukup sekadar ambil sayuran dan juga telur goreng. Menu wajib yang anda harus cuba disini tentunya Ikan Patin Tempoyak dan Daging Salai Masak Lemak Cili api.

IMG_9724

Tapi bagi aku, Ikan Patin Tempoyak di Temerloh tempoh hari lagi melekat dan terbayang bayang lagi kesedapannya. Selra masing-masing kan heheheheh.. Alhamdulillah baik hamba allah seorang ni belanja kami. Nanti mai KL aku belanja hang ya. HAhahhahaha. Dah habis makan nasi (walau tak makan) tekak teringin pulak nak rasa benda benda manis ni. Hhahahaha kami mencari destinasi seterusnya untuk bersantap menu manisan pula. First kami singgah di Puding Di Raja memang manisan temurun di Negeri Pahang ini.

 Hahahah lupa aku nak ambil gamabr rupa puding ni, sebab tak sempat nak ambil gambar dah masuk mulut. Ya Allah memang super sedap. Menyesal beli bekas yang kecil hahahahah. Kata orang pisang yang digunakan dalam resipi ini hanya terdapat di Pahang sahaj tu sebab anda tak jumpa Puding Di Raja ni kat tempat lain.

NASIB BAIK KULA CAKES BUKAK HARI SELASA

IMG_9771
Kula Cakes =)

Sewaktu pelan asal untuk ke Kuantan ni, memang dah masuk dalam list cafe ni, namun sebab hari Isnin Kula Cakes ni tutup so macam tak de harapan nak singgah, namum sebab plan asal dah berubah maka dapat lah aku singgah di Kula Cakes ni. Hilang rasa craving ni wei yelah asyik tengok ja orang makan kat sini, akhirnya aku sampai jugak kat sini yeay. Kafe ni jam 1 baru bukak tapi dalam 12 lebih tu orang dah start menunggu kat luar untuk dapatkan manisan dari kafe ini.

Bagi aku kafe ni memang simple ja, tapi die punya menu semua Ya Allah memang meletop. Mana yang belum sampai sini korang kene letak kafe ni dalam list korang untuk tempat wajib di singgah, dan of course anda kene pesan Mango Cheese Cake die yang memang viral kat laman sosial. Serius sumpah sedap!! memang korang takkan jumpa kat mana mana pon Mango Cheese Cake dia ni. Mesti try okai!!

IMG_9748

IMG_9752
Must Try !! _ Pavlova
IMG_9750
Signature Dish – Mango Cheese Cake

Okai.. mengancam tak tengok gambar hahahahahaha. Dah kenyang kami melantak seharian di Kuantan, kami meneruskan perjalanan kami ke Kuala Terengganu pula, tunggu cerita seterusnya okai..

SHAH X PANTAI TIMUR – DAY 1 

#KitaSamaSamaKongsi

 

SHAH X PANTAI TIMUR – DAY 1

Waahhh lama sangat kita tak update entry kita di sanggar penulisan ini. Al-maklumla dik kesibukan kerja yang sangat membutuhkan perhatian yang optimum. Hahahahah. Kita dah pun memasuki bulan terakhir dalam tahun 2017 hahah sejauh mana anda dah kecapi impian 2017 anda dengan azam yang anda tanamkan awal tahun dahulu.. Oh cerita pasal azam ini nanti kita story dalam entri yang lain ye.

Berbalik tentang pengkisahan tajuk cerita diatas, Alhamdulillah aku sempat berkunjung ke negeri belah pantai timur tanggal 27 November yang lalu dan 2 hari sebelum itu aku ke Johor pula memenuhi undangan perkhawinan bersama keluarga, Haaaa patah pinggang dik drive Seremban – Johor – KL, lepas tu selang esoknya nak ke Pantai Timur pulak. Tapi memang gigih laa sebab keterujaan mengatasi segalanya.

Kami memulakan perjalan ke Kuantan yang merupakan destinasi pertama kami sejurus selepas kami bersarapan di Dato Keramat, seperti yang umum maklum kalau musim hujung-hujung tahun negeri pantai timur ni memang akan hujan dan juga terdedah kepada banjir tapi kami tetap dengan misi kami untuk menjelajah ke sana. Kira Kira 2 jam perjalan dari Kuala Lumpur kami tiba di Temerloh, Pahang. Menurut rakan ku di Temerloh ini terdapat sebuah kedai makan yang menyajikan sajian Ikan Masak Tempoyak yang sangat terkenal, lalu kami singgah untuk mencuba hidangan tersebut. Sejurus sampai sahaja di sini terus kami melulu ke tempat buffet dan memang ade ikan Tempoyak tersebut lalu kami meminta seorang kakak di situ untuk mengambil 1 ketul ikan tersebut dan juga semangkuk gulai pucuk paku.

IMG_9608
Terliur tidak? Ikan Patin Masak Tempoyak

Ya memang betul, rasa Ikan Masak tempoyak nya sangat sedap, boleh rasa kesegaran ikan yang dimasak dan juga kuah tempoyak yang sangat pekat dan menyelerakan itu. Menurut penjaga kedai tersebut kami memang tepat pada masanya sebab ikan tersbut baru siap dimasak dan beliau mengatakan bila tiba jam 12 tgh ke atas, kedainya akan penuh dan berkemungkinan ikan tersebut akan habis dengan cepatnya. Fuhh nasib kami awal kalau tidak memang kempunan nak makan hahahahaa. Setelah sejam disitu kami teruskan perjalanan kami untuk ke Kuantan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam lagi.

Alhamdulillah dengan menempuh Hujan dan panas sepanjang perjalanan kami, kami sampai di Kuantan, Sampai sahaj di Kuantan kami terus ke Kopitiam Kemaman di Bandar Kuantan. Yelaahh baru ja tadi makan tengahari kan tak kan nak lunch lagi hahahahaha. SO kami buat pesanan lite lite sahaja di Kopitiam ni. Ni die menu nya hahahaha.

IMG_9643

 

Oh sebelum entry ini, aku pernah juga buat entry apa yabg menarik di Kuantan, hahaha so hampir semua tempat boleh cover kot bila datang Kuantan ni macam bucket list la (klik Sini). Selesai bersantap di Kopitiam kami ke Masjid berdekatan untuk menunaikan Solat. Waktu di Kuantan sekarang ni gerimis kekadang hujan lebat jugak.  Setelah selesai Solat kami pusing-pusing sebentar sekitar kawasan Kuantan Waterfront untuk ambil gambar walaupun hujan masih lebat ketika itu sanggup berpayung untuk dapatkan landmark Kuantan dan inilah hasilnya.. Taraaaaaa

IMG_9658

hahahahah gigih tak hujan hujan ambil gambar. Seterusnya untuk minum petang kami bergerak ke berserah pula untuk mendapatkan Mee Calong yang khabar sangat popular di Kuantan. Macam biasa hujan terus lebat petang tu dan memang kene sekali kalau dapat makan Mee Calung waktu waktu begini. Sampai akhirnya di Joe Mee Calung, kami terus order satu mangkuk mee dan juga keropok lekor. Pergh memang terbaik la kedua kedua nya. Hujan + Lapar = Mee Calong hahahaha terus kenyang.

 

Setelah selesai kami bergegas ke tempat tidur kami di kawasan berhampiran teluk Cempedak. Habis sudah cerita hari pertama SHAH X Pantai Timur. Tunggu laa edisi seterusnya ya. Banyak lagi tempat makan yang nak di kongsi.

 

#KitaSamaSamaKongsi