TAUHU SUMBAT BERINTIKAN AYAM OAT

Bosan kan dengan resipi tauhu sumbat yang ade kat kedai-kedai tu. Nah apa kata try yang abang nak share ni. Well resipi actually abang tengok sis Shiela Rusly update kan dalam Ig die, tapi resipi die nama Tauhu Terbalik dan berintikan udang dan lain-lain. Heheheh yang akan abang sharekan ni jenis mudah untuk dibuat dan bahan-bahan pon boleh dapat je kat ceruk peti ais rumah anda kalau ade lah.

40C225BD-ABF3-4DD9-B22E-2FE89D99FFB0
Boleh Tukar Isi Ikan Atau Udang 

Bahan Bahan.

1 Paket (9 Ketul Tauhu Kering Mee Kari) 
200gm Isi Ayam Cincang ( Guna udang pon boleh, dada ayam)
1 Batang Lobak 
1 Biji Cili Merah
1/2 Cawan Oats
Daun Sup dan Daun Bawang 
Sedikit Perasa
Sedikit Lada Hitam 

Cara-Cara.

Belahkan tauhu tadi dan terbalikan tauhu tersebut supaya menjadi seperti ibarat kelopak bunga. Bahan bahan inti tadi di gaulkan semuanya dan disumbatkan kedalam tauhu tersebut sehingga padat. Kemudian gorengkan dengan cara deep fry sehingga kekuningan. Sedia di hidang. Mudah, dan sihat kan. 

 

 

 

RESIPI – POPIA KENTANG CHEESE

Popia Gulung, Popia Basah, Popia sayur dan bermacam jenis popia kau pernah jumpa kat PARAM (Pasar Ramadan) Tapi Yang satu ni memang tiada lagi dipasaran aku ras ahahahaha.Ok actually resipi ni hasil daripada Geng Geng BBK masa study dulu. Noly, Kak Sheda dan lisa dorang la yang rajin duk buat then bagi kat kami. Sempat la tanga resipi pada depa cuma iolss ade olah sikit mengikut citarasa masing-masing. Nak bagi resipi ini iolss tak main timbang berapa gm bagai semua ikut rasa ikut hati atau bahasa pasar main campak-campak je.

IMG_9740

RESIPI :

1 Paket Kulit Popia

IMG_9689

INTI :

Bahan A
6-7 Biji Ubi Kentang (Di Rebus dan dilenyek)

Bahan B
2 Biji Bawang Besar
4 Biji Bawang Putih
5 Tangkai Cili Merah
Sedikit Ayam Cincang
Kiub Pati Ayam
Sedikit Air

Bahan C
Cream Cheese Tatura – Paket Kecil

Cara-cara :

Bahan A tadi dilenyekkan dan dibiarkan sejuk sementara. Kemudian tumis bahan B dan biarkan sejuk sementara. Apabila Bahan A dan B sudah sejuk gaulkan Bahan C bersama. Jadilah intinya.

Kemudian isikan kulit popia tadi dengan intinya dan goreng sehingga garing. Sedia dihidang.

#KitaSamaSamaKongsi

SAMBAL TUMIS WARISAN OPAH

RESIPI – SAMBAL BILIS PETAI

Sambal ikan bilis memang jadi favourite aku! Kalau letak petai lagi bertambah selera laa aku. Ade orang jugak bila pergi travel mesti bawak sambal goreng kering yang rencahnya mungkin ade ikan bilis, tempe kacang dan sebagainya. Tapi memang ini la bekalanya sewaktu aku mengembara ke Eropah dulu tapi tak mampu buat sendiri hanya tempah kat orang sahaja. Perghh kalau makan dengan nasi panas dan roti pon dah rasa nikmat.

namun banyak banyak sambal yang aku pernah jumpa, jujur aku cakap sambal ikan bilis arwah opah aku memang win kalau die buat. Dulu arwah menjual nasi lemak dekat jalan ampang sebelah kem askar Jalan Ampang siapa yang bekerja atau duduk kat area situ memang tahu Nasi Lemak arwah opah aku tu. Alfatihah untuk arwah. Walau tak serupa dengan die punya. Tapi aku rasa macam ok jugak. Hahahaha

Aku ade jugak perancangan nak buat sambal bilis kering ni dan nak pasarkan tapi belum berkesempatan lagi, setakat masak untuk dirumah dan kawan kawan office tu masih larat lagi hehehhee tapi nak komersialkan tu mungkin kene berguru lagi.

Bahan Bahan:

200GM Ikan Bilis
100GM PETAI

BAHAN KISAR
2 Biji Bawang Besar
5 Biji Bawang Putih
15-20 Tangkai Cili Kering (asingkan)
Sedikit Belacan

Air Asam Jawa
Garam Gula

IMG_9738

Cara Penyediaan

Basuh dan toskan ikan bilis lalu digorengkan sehingga garing kemudian ketepikan. Kisar bahan-bahan untuk dikisar tumiskan kisaran cili kering terlebih dahulu sehingga pecah minyak dan kemudian masukan kisaran yang lain dan terus kacau. Masukan juga petai tadi bersama dan masak sehingga cili tadi bertukar agak gelap. Masukan sedikit air asam jawa dan gula serta garam. Akhir sekali masukan ikan bilis tadi dan kacau sehingga sebati. Selamat Mencuba.

#KitaSamaSamaKongsi

LARA DI BALIK MAGGIE GORENG

Alhamdulillah dah masuk hari ke 10 kita berpuasa kan. So bebagai menu masakan dan  juadah kita dah hadap dan berbagai pengalaman juga kita tempuh sepanjang Ramadan ini. Moga terus istiqamah ye. Hahahah kalau post aku ni bukan pasal lain pasal makanan la jugak tapi hari ni lain sikit. Ade sedikit kedukaan dalam pengalaman nak berbuka semalam.

Semalam kalau ikutkan aku berbuka dengan NASI ARAB HADRAMAWT lebihan dari meeting HANDS di rumah jamirul malam ahad hari tu. So masa sahur semalam tak sempat nak makan jadi bawak la balik Seremban dengan harapan nak makan waktu berbuka nanti. Sejurus pulang je dari PICC aku terus ke pantry office untuk letakan bekal tersebut dalam peti ais juga bersama popia cheese yang aku buat hari Sabtu lalu yang disejukbeku (resipi update later).  Kisah tragis bermula jam 5 petang sjurus aku lepas solat Asar, selalunya pantry akan ditutup jam 530 petang so aku pon solat la dulu. Lepas solat aku terus ke pantry nak bukak pintu tetibe….. Haaaa pintu dah kunci dan semua staff admin dah balikk wuarghhhhh macam ne ni dunia seakan gelap gelita bahahahaha ceewaaahhh.

Aku pun balik la rumah terus dengan kedukaan tiada juraian air mata ahahahah. Aku ni memang sejenis masak dan makan kat umah jarang nak beli-beli kat bazar ni yelaaa nak berebut parking la, nak bersesak dengan orang memang takla so aku terus balik umah. Sampai je kat rumah terus aku bukak peti ais aku dan tengok apa yang aku boleh masak untuk waktu berbuka nanti. Ade la lebihan dada ayam, sotong, fishball, fishcake dana de MAGGIE haaaa terus kata nak buat MAGGIE Goreng.

Lebih kurang jam 6:45 petang aku start memasak, ni aku list kan bahan-bahan die dan cara penyediaan nya so aku nak bagi nama menu ni MAGGIE GORENG MELARA ahhahahahaha. Selamat mencuba.

MAGGIE GORENG MELARA

IMG_9838

Bahan-Bahan:

  • 2 Paket Maggie Kari (Rebus dan Simpan Perencahnya)
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 5 Biji Bawang Putih
  • 4 Tangkai CIli Api
  • 3 Sudu Besar CIli kisar
  • 1 Sudu Besar Sos Seafood ADABI
  • Kicap
  • Dada Ayam
  • Fish Ball/ Fish Cake
  • Sayuran : Lobak /Sawi
  • Sedikit Air

Cara Penyediaan:

Tumis bawang merah, putih, dan cilia pi sehingga layu kemudian masukkan cili kisar tadi tumiskan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan dada ayam dan fishball serta fish cake dan ratakan masukan juga Sos Seafood dan kicap juga sedikit air. Gaulkan hingga sebati masukan perencah Maggie kari bersama sayuran tadi. Terakhir masukan Maggie yang telah di rebus dan gaulkan hingga rata. Boleh tambah telur kalau anda suka, heheheh. Ok siap untuk di hiding.

#KitaSamaSamaKongsi

RESIPI- BIHUN KUNG-FU

IMG_9741.JPG

Haaa biasala bila tekak ni memilih bende nak makan waktu berbuka kena la masak! Kalau pi Bazaar tu tak tau laa makan apa banyak benor pilihan menu nya. Nasib la aku teringat haritu ade beli Bihun, Sotong, Dada Ayam dan Fishcake then telur pon ade jugak jeng jeng terus ade idea nak masak apa. So sampai ja rumah terus sinsing lengan duk menukang kat dapur 😄. Ok ini lah bahan bahan dia.

KUAH KUNG-FU:

5Biji Bawang putih
1 Biji Besar Bawang Merah
4-5 Tangkai Cili Api
Sedikit Dada Ayam
Sedikit Sotong
Fishball
Fishcake
Lobak Merah (Potong Tebal)
Tomato Ceri (Belah 2)
Foo Chuk
1 Kiub Pati Ayam Knorr
Serbuk Lada Hitam
2 Biji Telur

BIHUN :

Bihun di goreng secara deep fried untuk dapatkan kerangupan 😄

Cara – Cara :

Panaskan minyak masak dan masukan terlebih dahulu dada ayam,Sotong, Fishcake dan fishball kemudian masukan bawang putih dan merah serta ketukkan cili apo tadi. Goreng sehingga layu bawang tersebut.

Kemudian masukan sedikit air dan sayuran tadi renehkan sehingga mendidih masukan juga perasa mengikut cita rasa masing masing. Masukkan 2 biji telur dan teruskan mengacau sehingga pekat.

Tuangkan kuah kungfu tadi di atas bihun yang telah di deep fried dan sedia dihidang. Selamat Mencuba.

#KitaSamaSamaKongsi