SHAH X PANTAI TIMUR – DAY 2

Semalaman kami di Kuantan, kami bergerak untuk menuju ke Kuala Terengganu pula, namun ade perkhabaran yang kurang enak kami dengar dimana jalan menuju ke Kelantan telah pun dinaiki air. So kami putuskan untuk tidak menuju ke negeri Cik Siti Wan Kembang seperti yang dijadualkan. Jadi kami gerak lambat sikit dan pusing pusing lagi di Sekitar Kuantan untuk mencari tempat makan yang terbaik!!!.

Jam dah menunjukan pukul 10 pagi, kami mencari dahulu menu makanan sesuai untuk minum pagi. Pusing punya pusing tibalah kami di satu kedai betul betul bersebelahan Petronas jalan menuju ke Tanjung Lumpur. Memang banyak makanan yang ade di situ hampir tak terpilih. Tapi niat di hati memang mencari makanan yang sedap sedap semuanya. Jesteru itu saya memilih untuk makan Laksam dan juga Kuih Nagasari di kedai tersebut. Nama kedai? Nasi Kerabu Kemira Tanjung Lumpur .

 

Hampir sejam kami disitu juga menunggu seorang rakan di Kuantan dan berbual-bual kosong kami menuju pula ke tempat makan untuk menu tengahari ini. Wehhh asyik makan je hahahaha dah nama pon berjalan kan kalau tak cari tempat makan tak sah lah betulkan? Destinasi seterusnya di ANA IKAN PATIN. Kedai nya terletak di Jalan Bandar jadi anda kena  tiba disini sebelum waktu makan tengahari sebab tempat parkir yang terhad dan juga kawasan tumpuan untuk makan tengahari. Kali ini aku memilih untuk tidak makan nasi, cukup sekadar ambil sayuran dan juga telur goreng. Menu wajib yang anda harus cuba disini tentunya Ikan Patin Tempoyak dan Daging Salai Masak Lemak Cili api.

IMG_9724

Tapi bagi aku, Ikan Patin Tempoyak di Temerloh tempoh hari lagi melekat dan terbayang bayang lagi kesedapannya. Selra masing-masing kan heheheheh.. Alhamdulillah baik hamba allah seorang ni belanja kami. Nanti mai KL aku belanja hang ya. HAhahhahaha. Dah habis makan nasi (walau tak makan) tekak teringin pulak nak rasa benda benda manis ni. Hhahahaha kami mencari destinasi seterusnya untuk bersantap menu manisan pula. First kami singgah di Puding Di Raja memang manisan temurun di Negeri Pahang ini.

 Hahahah lupa aku nak ambil gamabr rupa puding ni, sebab tak sempat nak ambil gambar dah masuk mulut. Ya Allah memang super sedap. Menyesal beli bekas yang kecil hahahahah. Kata orang pisang yang digunakan dalam resipi ini hanya terdapat di Pahang sahaj tu sebab anda tak jumpa Puding Di Raja ni kat tempat lain.

NASIB BAIK KULA CAKES BUKAK HARI SELASA

IMG_9771
Kula Cakes =)

Sewaktu pelan asal untuk ke Kuantan ni, memang dah masuk dalam list cafe ni, namun sebab hari Isnin Kula Cakes ni tutup so macam tak de harapan nak singgah, namum sebab plan asal dah berubah maka dapat lah aku singgah di Kula Cakes ni. Hilang rasa craving ni wei yelah asyik tengok ja orang makan kat sini, akhirnya aku sampai jugak kat sini yeay. Kafe ni jam 1 baru bukak tapi dalam 12 lebih tu orang dah start menunggu kat luar untuk dapatkan manisan dari kafe ini.

Bagi aku kafe ni memang simple ja, tapi die punya menu semua Ya Allah memang meletop. Mana yang belum sampai sini korang kene letak kafe ni dalam list korang untuk tempat wajib di singgah, dan of course anda kene pesan Mango Cheese Cake die yang memang viral kat laman sosial. Serius sumpah sedap!! memang korang takkan jumpa kat mana mana pon Mango Cheese Cake dia ni. Mesti try okai!!

IMG_9748

IMG_9752
Must Try !! _ Pavlova
IMG_9750
Signature Dish – Mango Cheese Cake

Okai.. mengancam tak tengok gambar hahahahahaha. Dah kenyang kami melantak seharian di Kuantan, kami meneruskan perjalanan kami ke Kuala Terengganu pula, tunggu cerita seterusnya okai..

SHAH X PANTAI TIMUR – DAY 1 

#KitaSamaSamaKongsi

 

SHAH X PANTAI TIMUR – DAY 1

Waahhh lama sangat kita tak update entry kita di sanggar penulisan ini. Al-maklumla dik kesibukan kerja yang sangat membutuhkan perhatian yang optimum. Hahahahah. Kita dah pun memasuki bulan terakhir dalam tahun 2017 hahah sejauh mana anda dah kecapi impian 2017 anda dengan azam yang anda tanamkan awal tahun dahulu.. Oh cerita pasal azam ini nanti kita story dalam entri yang lain ye.

Berbalik tentang pengkisahan tajuk cerita diatas, Alhamdulillah aku sempat berkunjung ke negeri belah pantai timur tanggal 27 November yang lalu dan 2 hari sebelum itu aku ke Johor pula memenuhi undangan perkhawinan bersama keluarga, Haaaa patah pinggang dik drive Seremban – Johor – KL, lepas tu selang esoknya nak ke Pantai Timur pulak. Tapi memang gigih laa sebab keterujaan mengatasi segalanya.

Kami memulakan perjalan ke Kuantan yang merupakan destinasi pertama kami sejurus selepas kami bersarapan di Dato Keramat, seperti yang umum maklum kalau musim hujung-hujung tahun negeri pantai timur ni memang akan hujan dan juga terdedah kepada banjir tapi kami tetap dengan misi kami untuk menjelajah ke sana. Kira Kira 2 jam perjalan dari Kuala Lumpur kami tiba di Temerloh, Pahang. Menurut rakan ku di Temerloh ini terdapat sebuah kedai makan yang menyajikan sajian Ikan Masak Tempoyak yang sangat terkenal, lalu kami singgah untuk mencuba hidangan tersebut. Sejurus sampai sahaja di sini terus kami melulu ke tempat buffet dan memang ade ikan Tempoyak tersebut lalu kami meminta seorang kakak di situ untuk mengambil 1 ketul ikan tersebut dan juga semangkuk gulai pucuk paku.

IMG_9608
Terliur tidak? Ikan Patin Masak Tempoyak

Ya memang betul, rasa Ikan Masak tempoyak nya sangat sedap, boleh rasa kesegaran ikan yang dimasak dan juga kuah tempoyak yang sangat pekat dan menyelerakan itu. Menurut penjaga kedai tersebut kami memang tepat pada masanya sebab ikan tersbut baru siap dimasak dan beliau mengatakan bila tiba jam 12 tgh ke atas, kedainya akan penuh dan berkemungkinan ikan tersebut akan habis dengan cepatnya. Fuhh nasib kami awal kalau tidak memang kempunan nak makan hahahahaa. Setelah sejam disitu kami teruskan perjalanan kami untuk ke Kuantan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam lagi.

Alhamdulillah dengan menempuh Hujan dan panas sepanjang perjalanan kami, kami sampai di Kuantan, Sampai sahaj di Kuantan kami terus ke Kopitiam Kemaman di Bandar Kuantan. Yelaahh baru ja tadi makan tengahari kan tak kan nak lunch lagi hahahahaha. SO kami buat pesanan lite lite sahaja di Kopitiam ni. Ni die menu nya hahahaha.

IMG_9643

 

Oh sebelum entry ini, aku pernah juga buat entry apa yabg menarik di Kuantan, hahaha so hampir semua tempat boleh cover kot bila datang Kuantan ni macam bucket list la (klik Sini). Selesai bersantap di Kopitiam kami ke Masjid berdekatan untuk menunaikan Solat. Waktu di Kuantan sekarang ni gerimis kekadang hujan lebat jugak.  Setelah selesai Solat kami pusing-pusing sebentar sekitar kawasan Kuantan Waterfront untuk ambil gambar walaupun hujan masih lebat ketika itu sanggup berpayung untuk dapatkan landmark Kuantan dan inilah hasilnya.. Taraaaaaa

IMG_9658

hahahahah gigih tak hujan hujan ambil gambar. Seterusnya untuk minum petang kami bergerak ke berserah pula untuk mendapatkan Mee Calong yang khabar sangat popular di Kuantan. Macam biasa hujan terus lebat petang tu dan memang kene sekali kalau dapat makan Mee Calung waktu waktu begini. Sampai akhirnya di Joe Mee Calung, kami terus order satu mangkuk mee dan juga keropok lekor. Pergh memang terbaik la kedua kedua nya. Hujan + Lapar = Mee Calong hahahaha terus kenyang.

 

Setelah selesai kami bergegas ke tempat tidur kami di kawasan berhampiran teluk Cempedak. Habis sudah cerita hari pertama SHAH X Pantai Timur. Tunggu laa edisi seterusnya ya. Banyak lagi tempat makan yang nak di kongsi.

 

#KitaSamaSamaKongsi

KUANTAN NAK PERGI MANA?

Flag_of_Pahang.svg
Bendera Pahang Darul Makmur

Apa yang special sangat kat Kuantan, Pahang ni? Sampai membuak-buak rasa aku nak pergi sana. Sana sini orang bercerita pasal nak ke Kuantan  hoi hoi apa yang ade kat Kuantan tu. So dengan pantas nya aku pun terus bersenam jari jemariku untuk mencari apa yang menarik kat Kuantan.

Tempah hotel ?

Traveloka_Primary_Logo

First sekali nak travel, kene la cari hotel yang sesuai,  aku cari Kuantan hotel book online on Traveloka. Sejak suka travel dan mengembara ni,  pegi mana-mana pun mesti book hotel dengan website ni. Ia menawarkan pelbagai jenis bilik dengan harga yang murah dan berpatutan. Sampaikan kawan kawan aku pun amazed dengan Traveloka ni. Selesai satu masalah ! korang jangan lupa Traveloka ni .

Ok dengan Traveloka selesai bab tempat tidur ni. Seterusnya dah sampai Kuantan kene la cari tempat makan yang best wei!!. Apa lagi first sekali mesti nak tau kedai makan yang famous dengan tempoyak ikan patin. Cari punya cari okai dapat dah AKOB PATIN HOUSE yang berada betul betul di Bandar Kuantan. Walaupun ikan patin tempoyak ni lebih famous di Temerloh tapi kat Kuantan pon ade jugak oh selain ikan patin de juga makanan lain antaranya Daging Salai Masak Lemak dan Udang Galah tempoyak. Tengok-tengok rata rata yang review tempat makan ni semua cakap terbaik!! JJCM TV3 pon dah sampai sini.  Apa lagi simpan alamat atau setkan lokasi di GPS.

Credit pic: Insta Akob Patin House
Credit pic: Instagram Akob Patin House

Seterusnya tengok lagi katanya ada Nasi Kukus Mama yang sangat famous di Kuantan. Nasi Kukus Mama ni memang sedap kerana nasi yang dikukus berkuahkan gulai pajeri nenas dan kari ayam yang lemak dan sedap dan ayam goreng rempah yang rangup dan garing mengikut review orang ramai perghhh terangkat habis.

IMG_5480
Credit Pic : Instagram Nasi Kukus Mama

Dah makan berat-berat teringin pulak jamah benda benda manis ni terus search Dessert Kafe paling best di Kuantan  terus keluar MANGGO CHEESE CAKE KULA CAKES perghhh tengok tengok gambar tu tak sampai lagi ni air liur dah meleleh wei!! Katanya cheese cake disini LAKU KERAS kalau lambat tak dapat laa merasa perghhhh review tempat ni pun boleh tahan jugak okai set lagi  balik nanti for sure aku kena berlari ni nak bakar lelemak yang terbit di Kuantan nanti hahaha.

IMG_5484

Cukop-cukop la tu makan.. Jom cari port nak lakukan aktiviti riadah pulak asyik makan jaa.. hahahahhaha. Aku ni memang jenis kaki berjalan lepas tu mesti nak amik gambar. Duk pulun la stalk gambar gambar orang yang pernah check in kat Kuantan ni then terjumpa beberapa tempat ni.

  1. Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan
6-masjid_ahmad_shah_I _4
Pic Credit : Portal Rasmi Masjid Malaysia

Ikon Kuantan ini sering menjadi tumpuan kalau sesiapa sahaja ke Kuantan, Terletak betul-betul di tengah Bandar berhampiran dengan Majlis Perbandaran Kuantan dan juga masjid yang terbesar di Bandar Kuantan. Oh kawasan lapang di depan masjid ni jugak jadi tumpuan waktu bulan  Ramadan sebabnya menjadi spot tempat orang berbuka. Senang kan dah berbuka terus solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah kat situ.

  1. Kuantan Riverfront
Things-to-Do-in-Kuantan-Featured-Image
Pic Credit : appreciategoods.com

Kat sini la ade papan tanda KUANTAN di tengah-tengah sungai. Pastikan anda ambil gambar anda kat sini dan juga salah satu landmark yang ada di Kuantan ni. Buat la pelbagai aksi yang menarik hahahah. Boleh juga naik Cruise di Jeti Shahbandar untuk makan angina di sekitar Sungai Kuantan ini.

  1. Air Terjun Sungai Pandan
20160222170903671
Pic Credit: Sini.com.my

Nak cari tempat alam semula jadi yang masih menghijau dan menenangkan!! Terletak 25km dari Bandar Kuantan iaitu di Felda Sungai Pancing antara tarikan aktivit beriadah. Dan jika anda berkunjung pada hujung minggu tentulah ramai tempat so kene plan la nak datang bila heheh dan oh lagi satu tempat ini akan tutup setiap hari Rabu bagi tujuan penyelengaraan. Google juga antara kemudahan yang disediakan di situ, terdapat tandas, surau gerai makanan dan banyak lagi.

  1. Teluk Cempedak
teluk-cempedak-view
Pic Credit: Kuantan.org

Kalau yang nak layan angin pantai  dengan laut boleh la datang ke Teluk Cempedak, best jugak tenang je tengok air laut yang membiru kat sini pon spot orang ambil gambar untuk matahari terbenam atau in English we call sunset bahahahha haa gitew.

Macam banyak je nak pergi ni. Hahahahaha. Tak pe letak ja semua dalam tentatif program kalau ade rezeki kita on! Sapa nak join wei? hahahaha best ni. Ok laa sekarang dah tau nak buat apa di Kuantan kan semua nya mudah di hujung jari buat je sedikit rujukan dan carian di Internet dah tentu dapat. Macam juga carian Hotel yang mudah hanya dengan Traveloka.