KISAH 10KM SETERUSNYA- IJMHALFMARATHON2017

IMG_3638
T-Shirt Rasmi & BIB Rasmi

Hanya berbekalkan 3 kali training je dan jarak antara larian lepas ROCK STAR RUN (Klik Sini) hanya 2 minggu sahaja aku pasrah ja kalau aku kecundang di tengah jalan untuk larian 10KM kali kedua yang aku buat ni. Tapi berbekalkan semangat yang jitu ALHAMDULILLAH aku berjaya melakukannya and yang paling penting aku tak berhenti untuk berjalan melenggang dan seangkatanya dengan malahan aku berjaya mengatasi rekod aku yang terdahulu. AMIN!

IMG_3660
Gambar Di Ambil oleh Bossku

Hahaha cerita epik pagi tu, sepatutnya aku berlari bertiga namun atas sebab tertentu rakan sekerja tak dapat join so aku berseorangan la tapi mujur ade teman dalam group ROAD RUNNER yang join jugak run pagi tu so aku bergerak dengan die je la. Bagi aku trail yang ni agak mencabar sikit daripada rockstar run tapi memang awsome la!

IMG_3650
ZIM – Ahli Road Runner

So layan la gambar gambar ni ya. Oh kepada yang baca ni jom la join aktiviti sihat ni takpe kalau tak mampu 10km amek ja yang 5km, kalau tak mampu berlari, jogging atau berjalan ja okai..

IMG_3662
Abang Basah Handphone Basah
IMG_3667
Sijil Dan Medalย 

Next run insyallah ade masa lagi 1 Bulan untuk training heheh aku akan menyertai SP ( SUNGAI PETANI) HALF MARATHON so nantikan update seterusnya.

IMG_3673
Run Together Bond Stronger

#KitaSamaSamaKongsi

SCKLM2017 – LARIAN TERAKHIR

scKL

Hah? dah kenapa pulak terakhir? heheheh terakhir untuk kategori Fun Run so lepas raya ni kita kan concentrate untuk ambil kategori 10km/12km hahahaha but betul la, kalau kita tak cabar diri kita sendiri mana kita nak tahu kan. Ok berbalik pada cerita Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon ini, acara ini memang saban tahun diadakan di ibu negara. Penyertaan nya jangan cakap la memang ramai bukan sahaja di Malaysia malah rakyat dari negara luar pun turut mengambil bahagian. Cara berlangsung pada 21 May iaitu jatuh pada hari Ahad.

IMG_8836

Ini acara larian ke 6 yang aku sertai selepas Chow Kit Run (klik sini) pada April lalu. Sebab memang target untuk tahun 2017 ni untuk ambil bahagian dalam larian setiap bulan 1 sahaja. Maka bertambah lah bilangan BIB, TShirt dan juga medal. Sabtu lepas sebelum larian semua kaan ambil kit larian di KL Convenction Centre. Memang sistematik sungguh cara pengendalian mereka ni memang betul tersusun so tak de sebarang masalah semasa mengambil barangan ni. Cuma bila sampai kat registration counter tu die scan die kata kit dah ambil terkujat jugak iolss kat situ. hahahahah bila die try scan balik baru ade. Dah kita pun ber HU Hu Hu di situ ye Cik Kak. Oh lagi satu masa nak ambil kit ni pon ya Allah dah macam pameran dah tengok banyak booth-booth bukak ade yang jual kasut dan barangan larian serta kelengkapan sukan yang lain.

IMG_8865

Keesokan harinya dalam jam 7.30 pagi dah bertolak ke Sogo dengan menaiki LRT dari Pandan Jaya menuju ke stesen Bandaraya. Bila turun je di Bandaraya dah nampak lautan manusia tengah berlari di sekitar Jalan Kuching memang kau teruja la walaupun kau hanya berlari untuk 5km sahaja. hahahaha.

IMG_8915

Saat kami dilepaskan kira kira jam 830 pagi teruja pulak dengan larian kali ini sebab memang ni acara larian yang dinantikan oleh semua. Kali ini route memang best sebab tak de mendaki hahahaha tapi sampi di KM3 hujan mula turun lenjun jugak laa tapi semua teruskan berlari. Lebih kurang 40minit selepas itu sampai la ke garisan penamat well sekali memang patut dipuji organizer ni memang smooth sahaja perjalanan dari awal sampai la nak ambil medal.

IMG_8924

IMG_8953

IMG_8957Tiap bulan aku join larian aku cuba try untuk renew personnel time so far alhamdulillah aku berjaya. Tak payah la cite lelebih tengok je gambar gambar aksi di STANDARD CHARTERED KUALA LUMPUR MARATHON 2017 ni ๐Ÿ˜„๐Ÿƒ๐Ÿป๐Ÿ’ฆ Jumpa next Run Julai nanti ROCKSTAR RUN di Putrajaya.

IMG_8965

IMG_9030

RAAZ2953

IMG_9017

#KitaSamaSamaKongsi