KAWAN SAMPAI BILA BILA PUN KAWAN

Tetibe minggu lepas hari Ahad tak tau nak buat apa yelaaa mana taknya pukul 3pagi dah sampai KL dari Kulim bajet bajet kul 6 sampai tapi bas yang aku naik tu hahahaahah serammm laju gile bahahaha.. Nasib tak ….

Rutin kebiasaan aku kalau hujung minggu mesti Zumba tapi dek kerana mengantuk dan kira kira injured lepas Sp Half Marathon tu aku skip je laa session haritu. Then tak de buat apa duk stalk laa insta story kawan kawan tetibe ade seorang hamba allah ni komen balik wei jom jumpa nak lunch .. Hahahaha

IMG_5711[1]

kebetulan aku memang lama tak jumpa die ni so aku pun just setuju je dah alang alang aku roger jugak kawan aku sorang ni yang memang satu geng jugak dulu dengan kami masa kerja kat primework studio . So masing-masing decide nak keluar lunch di Avenue K. Haaa sebut pasal Avenue K ni aku memang lama dah teringin nak makan Dolly Dim Sum kat bawah tu cuma bila ajak yang lain asik tak free jaa so kebetulan kat situ yang dekat dan xcrowded so kami jumpa kat situ ja.

Okai selingan sikit #Ootd masa ini aku pakai baju dari Melbourne yang aku beli baju putih polos dengan Jaket yang aku tampal patch #Route66 jaket ni aku beli dah lama tapi tak guna guna sebab tak muat dulu hahahaha.

img_5742-e1506742672513.jpg

Aku sampai betul-betul waktu lunch lebih kurang jam 1.30 tengahari orang pon masa tu boleh tahan laa tapi xpenuh. Satu ja aku puji Avenue K walau tengh bandar orang tak ramai Boat Noodle die pun xramai pergi la try! So kawan aku sorang dah sampai terus chop tempat duduk. Masing masing first time datang and order ade ja menu tapi tak de gambar dah semua tak keruan nak order mana.

Bila semua dah order masing-masing punya selera berborak laa kami update pasal berita terkini masing masing yelaa lama tak jumpa kan. Hahahahaha Ok dalam setengah jam lepas tu satu satu meni kami sampai . Nak tahu apa yang kami order heheheh jeng jeng:

IMG_5717

IMG_5719

Komen pasal makanan:

1) Harga – Bukan nak cakap apa tapi memang ok la di caj sebegitu tapi bila tengok balik portion yang kau dapat memang berbaloi-baloi. Kira 1 pinggan boleh kongsi 2 orang. So cadangan bila korang nak order make sure berpada-pada boleh jaa datang selalu kat sini.

2) Pelayan – Mesra dan ok. Then cepat dorang serve kami, kami mintak extra spoon pin cepat je sampai .

3.) Interior memang superb habis hahahaah memang sesuai untuk bawak family kat sini. Yang nak buat #Ootd Ke foodporn memang sesuai sangat

4) Recommended menu:

*Dim Sum - Siew Mai 

* Prawn Chee Chong Fun

* Crispy Egg Noodle

*Iced Sea Coconut

Ok habis cerita ni. Kami decide nak pi pavilion maklum laa aku pun bukan selalu turun KL City ni better duk umah kan bahahah. Yang sorang ni duk gigih nak cari Lipstick kat DUCK yang VIVY YUSOFF punya tu. Bila dah dapat lipstick tu kami ke Fashion Vallet pulak tengok tengok lepastu terperasan laa satu kata kata hikhmt ni terus posing di situ.

IMG_5803
‘… I’m not A Shopaholic, I’m just helping the economy…”

Lepas dah puas jamu mata kami decide nak Hi Tea di food republic di PAVI ja haahaha menu nya? mula mula sorang ni nak makan Ice Cream tapi tak jumpa pulak then nampak pulak taufufa dan cakoi terus decide beli dan makan kat situ.

Then Cadangnya nak pergi makan nasi lemak tapi memandangkan kenyang dah so kami postpone makan session ni lain kali hahahahaha, So nekad nak balik . Sebelum balik kami abadikan kenangan dengan mengambil gamabr bersama, Bahahahah cerita di sebalik gamba ini, tiada jurukamera hanya props yang di gunakan ialah kotak kasut dan kasut serta kamera self time taraaaaa.

 

#KitaSamaSamaKongsi

SAMBAL PETAI UDANG

Dalam bulan puasa ni kira dah 2 kali la aku masak sambal petai. Pertama sambal ikan bilis dengan petai (Resipi) dan kali ini aku letak udang je. Hahahah Al-kisahnya udang ni dah dekat seminggu dalam freezer tu sebab dah nak balik kampung kan ehh KL kan sempena cuti raya ni kene laa kosong-kosongkan peti ais. So ini die resipi udang sambal petai.

19396977_10209101719408247_5622023754947554383_n.jpg

Bahan-Bahan

10-15 Tangkai Cili Kering

2 Biji Bawang Besar

5 Biji Bawang Putih

(di kisarkan sekali)

200 Gm Udang

100 Gm Petai

Sedikit Ikan Bilis

Sedikit Belacan

Sedikit Air Asam Jawa

Gula & Garam Sebagai Perasa

Minyak untuk menumis.

 

Cara-Cara: 

Tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama ikan bilis dan petai sehingga garing, kemudian masukan sedikit belacan dan bahan perasa. Selepas itu masukan udang dan gaulkan sehingga sebati. Tambah sedikit air asam jawa untuk didihkan sebentar. Jika hendak masukan santan pon boleh dan letakan sedikit hirisan bawang besar. Senang je kan.. Selamat Mencuba.

#KitaSamaSamaKongsi

RESIPI – POPIA KENTANG CHEESE

Popia Gulung, Popia Basah, Popia sayur dan bermacam jenis popia kau pernah jumpa kat PARAM (Pasar Ramadan) Tapi Yang satu ni memang tiada lagi dipasaran aku ras ahahahaha.Ok actually resipi ni hasil daripada Geng Geng BBK masa study dulu. Noly, Kak Sheda dan lisa dorang la yang rajin duk buat then bagi kat kami. Sempat la tanga resipi pada depa cuma iolss ade olah sikit mengikut citarasa masing-masing. Nak bagi resipi ini iolss tak main timbang berapa gm bagai semua ikut rasa ikut hati atau bahasa pasar main campak-campak je.

IMG_9740

RESIPI :

1 Paket Kulit Popia

IMG_9689

INTI :

Bahan A
6-7 Biji Ubi Kentang (Di Rebus dan dilenyek)

Bahan B
2 Biji Bawang Besar
4 Biji Bawang Putih
5 Tangkai Cili Merah
Sedikit Ayam Cincang
Kiub Pati Ayam
Sedikit Air

Bahan C
Cream Cheese Tatura – Paket Kecil

Cara-cara :

Bahan A tadi dilenyekkan dan dibiarkan sejuk sementara. Kemudian tumis bahan B dan biarkan sejuk sementara. Apabila Bahan A dan B sudah sejuk gaulkan Bahan C bersama. Jadilah intinya.

Kemudian isikan kulit popia tadi dengan intinya dan goreng sehingga garing. Sedia dihidang.

#KitaSamaSamaKongsi

SAMBAL TUMIS WARISAN OPAH

RESIPI – SAMBAL BILIS PETAI

Sambal ikan bilis memang jadi favourite aku! Kalau letak petai lagi bertambah selera laa aku. Ade orang jugak bila pergi travel mesti bawak sambal goreng kering yang rencahnya mungkin ade ikan bilis, tempe kacang dan sebagainya. Tapi memang ini la bekalanya sewaktu aku mengembara ke Eropah dulu tapi tak mampu buat sendiri hanya tempah kat orang sahaja. Perghh kalau makan dengan nasi panas dan roti pon dah rasa nikmat.

namun banyak banyak sambal yang aku pernah jumpa, jujur aku cakap sambal ikan bilis arwah opah aku memang win kalau die buat. Dulu arwah menjual nasi lemak dekat jalan ampang sebelah kem askar Jalan Ampang siapa yang bekerja atau duduk kat area situ memang tahu Nasi Lemak arwah opah aku tu. Alfatihah untuk arwah. Walau tak serupa dengan die punya. Tapi aku rasa macam ok jugak. Hahahaha

Aku ade jugak perancangan nak buat sambal bilis kering ni dan nak pasarkan tapi belum berkesempatan lagi, setakat masak untuk dirumah dan kawan kawan office tu masih larat lagi hehehhee tapi nak komersialkan tu mungkin kene berguru lagi.

Bahan Bahan:

200GM Ikan Bilis
100GM PETAI

BAHAN KISAR
2 Biji Bawang Besar
5 Biji Bawang Putih
15-20 Tangkai Cili Kering (asingkan)
Sedikit Belacan

Air Asam Jawa
Garam Gula

IMG_9738

Cara Penyediaan

Basuh dan toskan ikan bilis lalu digorengkan sehingga garing kemudian ketepikan. Kisar bahan-bahan untuk dikisar tumiskan kisaran cili kering terlebih dahulu sehingga pecah minyak dan kemudian masukan kisaran yang lain dan terus kacau. Masukan juga petai tadi bersama dan masak sehingga cili tadi bertukar agak gelap. Masukan sedikit air asam jawa dan gula serta garam. Akhir sekali masukan ikan bilis tadi dan kacau sehingga sebati. Selamat Mencuba.

#KitaSamaSamaKongsi

LARA DI BALIK MAGGIE GORENG

Alhamdulillah dah masuk hari ke 10 kita berpuasa kan. So bebagai menu masakan dan  juadah kita dah hadap dan berbagai pengalaman juga kita tempuh sepanjang Ramadan ini. Moga terus istiqamah ye. Hahahah kalau post aku ni bukan pasal lain pasal makanan la jugak tapi hari ni lain sikit. Ade sedikit kedukaan dalam pengalaman nak berbuka semalam.

Semalam kalau ikutkan aku berbuka dengan NASI ARAB HADRAMAWT lebihan dari meeting HANDS di rumah jamirul malam ahad hari tu. So masa sahur semalam tak sempat nak makan jadi bawak la balik Seremban dengan harapan nak makan waktu berbuka nanti. Sejurus pulang je dari PICC aku terus ke pantry office untuk letakan bekal tersebut dalam peti ais juga bersama popia cheese yang aku buat hari Sabtu lalu yang disejukbeku (resipi update later).  Kisah tragis bermula jam 5 petang sjurus aku lepas solat Asar, selalunya pantry akan ditutup jam 530 petang so aku pon solat la dulu. Lepas solat aku terus ke pantry nak bukak pintu tetibe….. Haaaa pintu dah kunci dan semua staff admin dah balikk wuarghhhhh macam ne ni dunia seakan gelap gelita bahahahaha ceewaaahhh.

Aku pun balik la rumah terus dengan kedukaan tiada juraian air mata ahahahah. Aku ni memang sejenis masak dan makan kat umah jarang nak beli-beli kat bazar ni yelaaa nak berebut parking la, nak bersesak dengan orang memang takla so aku terus balik umah. Sampai je kat rumah terus aku bukak peti ais aku dan tengok apa yang aku boleh masak untuk waktu berbuka nanti. Ade la lebihan dada ayam, sotong, fishball, fishcake dana de MAGGIE haaaa terus kata nak buat MAGGIE Goreng.

Lebih kurang jam 6:45 petang aku start memasak, ni aku list kan bahan-bahan die dan cara penyediaan nya so aku nak bagi nama menu ni MAGGIE GORENG MELARA ahhahahahaha. Selamat mencuba.

MAGGIE GORENG MELARA

IMG_9838

Bahan-Bahan:

  • 2 Paket Maggie Kari (Rebus dan Simpan Perencahnya)
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 5 Biji Bawang Putih
  • 4 Tangkai CIli Api
  • 3 Sudu Besar CIli kisar
  • 1 Sudu Besar Sos Seafood ADABI
  • Kicap
  • Dada Ayam
  • Fish Ball/ Fish Cake
  • Sayuran : Lobak /Sawi
  • Sedikit Air

Cara Penyediaan:

Tumis bawang merah, putih, dan cilia pi sehingga layu kemudian masukkan cili kisar tadi tumiskan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan dada ayam dan fishball serta fish cake dan ratakan masukan juga Sos Seafood dan kicap juga sedikit air. Gaulkan hingga sebati masukan perencah Maggie kari bersama sayuran tadi. Terakhir masukan Maggie yang telah di rebus dan gaulkan hingga rata. Boleh tambah telur kalau anda suka, heheheh. Ok siap untuk di hiding.

#KitaSamaSamaKongsi

RESIPI- BIHUN KUNG-FU

IMG_9741.JPG

Haaa biasala bila tekak ni memilih bende nak makan waktu berbuka kena la masak! Kalau pi Bazaar tu tak tau laa makan apa banyak benor pilihan menu nya. Nasib la aku teringat haritu ade beli Bihun, Sotong, Dada Ayam dan Fishcake then telur pon ade jugak jeng jeng terus ade idea nak masak apa. So sampai ja rumah terus sinsing lengan duk menukang kat dapur 😄. Ok ini lah bahan bahan dia.

KUAH KUNG-FU:

5Biji Bawang putih
1 Biji Besar Bawang Merah
4-5 Tangkai Cili Api
Sedikit Dada Ayam
Sedikit Sotong
Fishball
Fishcake
Lobak Merah (Potong Tebal)
Tomato Ceri (Belah 2)
Foo Chuk
1 Kiub Pati Ayam Knorr
Serbuk Lada Hitam
2 Biji Telur

BIHUN :

Bihun di goreng secara deep fried untuk dapatkan kerangupan 😄

Cara – Cara :

Panaskan minyak masak dan masukan terlebih dahulu dada ayam,Sotong, Fishcake dan fishball kemudian masukan bawang putih dan merah serta ketukkan cili apo tadi. Goreng sehingga layu bawang tersebut.

Kemudian masukan sedikit air dan sayuran tadi renehkan sehingga mendidih masukan juga perasa mengikut cita rasa masing masing. Masukkan 2 biji telur dan teruskan mengacau sehingga pekat.

Tuangkan kuah kungfu tadi di atas bihun yang telah di deep fried dan sedia dihidang. Selamat Mencuba.

#KitaSamaSamaKongsi

RESIPI – BUBUR JAGUNG BERKRIM

Selain Bubur Kacang Hijau, Pulut Itam dan Bubur Gandum ade lagi satu manisan bubur ni yang aku suka sangat BUBUR JAGUNG. Aku rasa sesedap yang aku ingat yang dijual di PASAR RAYA MYDIN USJ1 tak tahu la ade lagi ke tak tapi situ mmg serious sedap! Bubur ni lain orang lain caranya tapi apa yang aku kongsikan hari ini sesuatu yang mudah cepat dan pastinya SEDAP.

Bahan Bahan juga beli sahaja macam Jagung tu kalau dulu kene sagat sekarang tak perlu beli je dalam tin yang jenis karnel atau sebiji-sebiji mahupun yang berkrim yang selalu orang gune untuk ABC dan APAM BALIK. Memang sesuai dihidangkan waktu berbuka ni.

So lepas ni jangan la cakap buat bubur manisan ni susah senang je janji M besar kt dahi tu dipadamkan segera. Buat la sehari 1 Bubur, mungkin dapat membuatkan selera anak anak anda mahupun suami anda bertambah waktu berbuka.

IMG_9736
Gambar Hasil Sentuhan Ninamirza.com

BAHAN-BAHAN

1 Tin Jagung Karnel ADABI
1 Tin Jagung Krim ADABI
1 Kotak Kecil Santan
5 Sudu Besar Gula Merah
5 5 Helai Daun Pandan
1/2 Cawan Sagu
Secubit Garam

Cara Penyedian:

Didihkan Santan, Daun Pandan , Gula Merah bersama sedikit air dan letakan secubit garam untuk menambahkan rasa lemak pada santan tersebut. Bila dah mendidih masukan pula Jagung Karnel Tin dan Sagu tadi kacau sehingga beberapa minit. Akhir sekali sebelum di hidang masukan Jagung Krim tadi untuk menambahkan kepekatan pada kuah Bubur Tadi. Siap untuk dihidang. Selamat Mencuba

#KitaSamaSamaKongsi