RAYA OOTD

Fuhhh agak bersawang blog kita ni. Almaklum la raya kan sebulan katanya. So blog pon ikut cuti raya. Sebelum abang menulis panjang karangan hari ini abang ingin menyusun ampun dan maaf pada semua teman teman yang membaca posting ini Selamat Hari Raya – Maaf Zahir dan Batin dan terima kasih kerana terus menyokong blog hamba ini. =)

Baiklah bercerita pasal Hari raya ni abang pasti bukan setakat nak tunjuk juadah enak, lemang ketupat, biskut raya , langsir rumah dan sebagainya tapi pasti juga korang nak tunjuk baju apa yang korang gayakan ketika pagi raya hari tu kan. Tipulah kalau tak de anda semua yang tak menunjuk baju raya anda tu penat penat bersesak membeli takkkan nak simpan dalam gobok je kan.

So hari ini abang sahaja la nak kongsi baju baju yang abang pakai masa Hari raya tempoh hari. Kita mulakan dengan

HARI RAYA PERTAMA

IMG_0924

Set persalinan Baju Melayu ni abang beli di Jakel Mall Kuala Lumpur sekali dengan sampin nya. ENtah la abang rasa abang sesuai kot dengan baju melayu Jakel ini potongan die kain die semua okai kira memnag letop la. Pilihan warna Hijau Mint ini dipadankan dengan sampin merah jambu cair !! Nahh jambu abang di pagi raya! Sampai ke petang abang menyarung baju melayu ini, nampak segak tak hahahahah.

HARI RAYA KE 2

IMG_1040

Dah alang-alang abang beraya di Perak #TeamRayaPerak abang pun tidak melepaskan peluang ke Teluk Intan untuk mendapatkan gambar #OOTD hari ini yang berlatar belakangkan  bangunan ikonik teluk intan yakni Menara Condong. Baju yang ke 2 ni Kurta Moden dari Rizalman Ibrahim. Ya memang selesa dan sejuk je rasa walaupun di tengahari panas terik. Lepas juga niat nak kesini sebab seumur hidup ni kira pertama kali laa baru sampai kat sini.

IMG_1054

Oh tak lupa juga abang singgah di Kellies Castle yang terletak di Batu Gajah Ipoh perak. Sakan berjalan raya ke 2 ni .

 

HARI RAYA KE 3

IMG_1181

Hari ni tak pakai Baju Melayu tak juga pakai baju kurta, hanya menyarung sepersalinan moden yang dibeli sebelum puasa lagi Harga Baju dan seluar tak sampai rm100 pun uolss. First time pakai baju color ni macam ne uolss sesuai tak!! Hahahha Hari ke 3 ni berjalan ke Gopeng dan seterusnya ke Ipoh jumpa saudara mara dan kawan kawan di IPOH. Kenyang sampai malam uolss.

Begitulah ceritanya beraya di Kampung. lepas itu abang pon terus beraya di Kuala Lumpur dan tentunya event event raya pun meriah selepas ini. Jom tengok pulak Event Raya punya OOTD.

Majlis Rumah Terbuka MB NEGERI SEMBILAN

IMG_1585

Haaa ni first time abang pergi ke Rumah Terbuka MB ni. Memang ramai laa yang datang, Abang pi pon sebba teman boss je. Kena naik bas shuttle, Tapi tengok masjid die ni cantik kat Bandar Ekar terus la posing uolsss. Baju ini abang gune sejak Tingkatan 2 dan masih elok sampai sekarang tapi Almaklum la besar sikit, lepas tu padankan dengan sampin koleksi sendiri dan seluar hitam. Jadilah Bangsa JOHOR

 

Majlis Rumah Terbuka SWM Environment Sdn BHd – HQ

IMG_1746

Well abang just pakai baju Raya pertama haritu tiada apa apa tambahan hahahahahah nak berjimat untuk majlis seterusnya.

 

Majlis SWM KASIH Senyum Syawal

IMG_2031

Haa Baju ni di beli bila abang langsung tak teringat untuk bawak baju dari KL untuk dipakai. Terus ke Jakel Senawang terus beli, Baju dengan sampin so semua dah tau tahun depan punya tema baju hahahahahahah. Cantik kan.

 

Majlis Penghargaan EN MAHADI ABD TALIB & JAMUAN AIDILFITRI STAFF SWM NS

IMG_2509

Baju KHATAM KL ni memang besti giler! Selesa ja pakai walau pun berpanas ke tak terasa nak keluar peluh! Memang selesa la. Dan terasa nak beli lagi. Actually baju ni baju kurta Moden so abang jus pakai bersama seluar panjang hitan lengkap bersampin dan kasut daro TOMAZ menag kene kan TOP to TOE huhuhu.

 

Majlis Mesra Hari Raya Aidilfitri Anjuran Bersama SWCORP, SWM, PESANS

IMG_2755

 

So uolsss kerja macam abang ni memang best, sebulan raya ras-rasa 30 pasang baju kene beli hahahahahah. Tak apa laa janji kita pandai mengenakan baju yang sesuai ke majlis-majlis seumpamanya. Mix And Match pon perlu gak supaya baju dalam almari ko tu tak de la penuh!!

DIY – PATCH PADA PAKAIAN LAMA

efeccfbe3226f71a7ca9e3613543aeea
Gambar Ihsan: Google Image 

Wow seakan menjadi satu trend orang orang menampal-nampal imej dan tulisan pada pakaian sekarang ni. Macam nak try jugak tapi kat mana nak beli hehehehe. So dengan kenalan yang ramai di industri (cewah) aku pun mula mula risik-risik kat kawan kawan. So ade yang memberi maklum balas.

First, ade yang suggest beli online sahaja kat laman Instagram ade dua acc instagram yang katanya paling murah antara yang ada. So ini dia:

IMG_8331
Dari Laman Instagram @patchesj

Komen: Nampak harga berpatutan tapi cuma kita tak tahu size macam mana dan kualiti macam ne ke standard size je semua, tapi memang banyak pilihan so nak beli boleh beli. Tapi saya tak beli lagi baru je tengok-tengok hheheheh

Next, Cuba gak risik-risik kat Lazada banyak jugak pilihanya:

Untitled
Boleh tengok kat laman web ni : http://www.lazada.com.my/buyincoins-girls-jeans-bags-satchel-embroidery-iron-on-patches-sewnapplique-food-stars-anchors-smile-face-diy-clothes5-18024282.html?ff=1&boost=2

Dan ada jugak yang suruh pergi ke Kenanga Mall, di Level G, hahahahahah so tanpa berlengah lagi aku pon terus ke sana. Tapi weekend azab sikit la nak parking sebab orang. Kenanga Mall ni memang ramai orang membeli belah sebba pakaian dia memang murah-murah. So bila dah sampai je terus ke Level G, Nampak depan mata kedai tu ya allah memang banyak pilihan. Harga dari RM3 – Rm6 setiap satu beli 10 ke atas ade diskaun 10%

 

IMG_8382
Banyak Pilihan, Lebih Puas Bila Dapat Pegang, Tahu Size sebenar =)

So setelah puas memilih jeng jeng inilah hasil tangkapan yang berjaya menarik minat saya. Heheheheh

IMG_8232

DI sebabkan tak bawak cash sangat hanya itu jelah yang mampu dibeli. heheheh tapi memang akan repeat nanti. HAhahah sampai je rumah terus cari baju lama yang memang tak guna lagi saja la try mana tahu cantik.

  1. Jaket ni dah lama beli lepas tu masa gemuk dulu jarang pakai sebab tak boleh nak butang. Bila badan dah ok dapat la butang longgar pon longgar so saja trykan tampal tampal kat baju ni dan inilah hasil nya.

IMG_8228

2. Baju ke 2 ni beli tahun 2012 kat KITSCHEN rm 19.00 je hehehehe lepas tu selalu gak pakai baju ni menang orang puji cantik bila tampal patch ni makin cantik plak taraaaa

IMG_8230

So uolss rasa yang mana yang okai pada Jaket yang Coklat atau yang Jeans? Mohon cadangan ehehehehhee. So bila dah okai iolss baru la tampalkan pada baju yea. Hehehhehee.

Ini nak juga kongsilkan artikel dari Sinar Harian  tentang patching ni :http://www.sinarharian.com.my/bisnes/patch-beri-lebih-gaya-1.635946

Ok uolss. Thanks.

#KitaSamaSamaKongsi

GARAGE SALES – DATO’ RIZALMAN IBRAHIM

IMG_8161
Bunting Yang Berada Di Depan Butik 

Ya Allah macam tak caya je baju lelaki Jubah, Kurta, Kemeja Mega Mendung(Betul tah?) , Oversized Tshirt, Jumper by Rizalman semua Rm50 naik menggila jugak tengok hahahahah. Bayangkan harga asal dari harga Rm199++.

IMG_8163
Kurta dan T-Shirt Rm50 Je

Yang scarf dan tudung pulak di jual pada harga serendah Rm30. Sempat sambar 2 helai untuk Mak dan Adik. Bolehlah melaram untuk raya nanti. Kelaaasss Opah tiah pakai tudung Rizalman 😍

IMG_8319
Luar Dalam Ramai Orang 

Tadi waktu nak membayar tadi Dato tengah kira duit kat kaunter malas nak mengacau takut terlupa pulak jumlah kiraan tadi. Heheheheh Tq Dato nanti buat lagi ya Garage Sales ni.

IMG_8166
2 Beg Je Tak Banyak 

Garage Sales ni khabarnya di adakan setiap tahun oleh Dato’ Rizalman di butiknya di Jalan Imbi first time jugak mai sini hehehe parking kalau free susah la kene pusing-pusing 2-3 kali kalau yang berbayor depan butik pon ade.

IMG_8168
Hasil Tangkapan =)

So hari ni sempat la membeli untuk diri sendiri sehelai kurta dan sehelai baju dapatlah #Ootd dengan baju Rizalmen by Rizalman. Nantikan ye