SABTU KU TERISI

Salam Sayang Guys..

Dah berapa hari jarang nak menaip nak update coretan untuk #KitaSamaSamaKongsi. Yelaa dik kesibukan yang melanda diri ini ditempat kerja ekoran event event MAHA BESAR yang akan menyinggah tidak lama lagi.. Pheww. So hari ini pon duk curi-curi masa nak update blog ni ha untuk tatapan kesayangan.

Tahniah Johan & Pasangan

IMG_6707
Pengantin Sedang Makan Beradab

Sabtu 14 Oktober, Bukan sahaja negara menyambut Hari Sukan Negara tapi kawan aku sorang ni pon menyambut jadi Suami orang. Tahniah Johan Fizreen dan Adila. Johan atau Jo atau Jambu waktu zaman universiti dulu adalah satu batch aku masa ambil diploma akaun dekat Uitm Kedah. Lama jugak la tak jumpa Joe ni setakat hi hi di Facebook sahaja.

Majlis berlangsung di Dewan Perdana Keramat Mall, memang GAH dan meriah majlis nya. Aku sangat teruja jugak Pelamin dan pakaian persalinan pengantin memang kene dengan tema nya iaitu Melayu Tradisional Perak, Well pengantin perempuan diarak menaiki tandu ketika memasuki ruang dewan utama. Perrghhh dasyat kan.

IMG_6702
Tersergam Indah Pelaminan Klasik 

Bila dah datang kenduri ni memang  akan berjumpa kawan kawan lama di Uitm dulu yang rapat hingga sekarang, Oh yaa kenalan Pensyarah pon terjumpa jugak sempat la bertanya khabar dan mengambil gambar bersama-sama. Masa ni jelahh boleh sembang-sembang dengan kawan kawan lama. HEHehehehe. Aku pun tak dapat lama di Majlis tu sebab ade urusan pada sebelah malamnya pulak.

 

#PROTONHSN21KM 2017

logo_hsn

Kau dah makan banyak tadi so malam ni ko kene la bekerja keras untuk menyelsaikan misi 10 KM kau. Hahahahah sempena HARI SUKAN NEGARA yang disambut setiap Sabtu Minggu Ke 2 Oktober aku dah register untuk PROTON HSN 21 KM RUN yang berlangsung di Dataran Merdeka. Selain menyambut HSN aku juga melangsaikan azam aku iaitu setiap bulan aku kene sertai 1 Run untuk cabar diri aku. Selepas SP HALF MARATHON bulan lepas aku join yang ini pulak.

IMG_6729
Sebelum Start Event 

Perlepasan untuk larian 10Km ini pada jam 8.50 Malam so aku gerak dari rumah kira kira lepas solat Maghrib dengan menaiki Putra Lrt. Malas wei naik kereta takut jem dan jugak tak de parking pulak nanti. Sebelum peserta dilepaskan seperti kelaziman akan diadakan sesi Zumba untuk menghangatkan suasana pada malam itu.

IMG_6734
Zumba Yuk 

Acara pada malam itu jugak di sempurnakan oleh ABAH aka YB Khairy Jamaludin yang turut melepaskan peserta untuk acara 21KM. Selang 20 minit selepas itu peserta larian 10KM dilepaskan pula. Oh lupa pulak sebelum aku masuk dalam kandang untuk dilepaskan aku sempat berkunjung ke BOOTH KPJ dan sempat membuat beberapa test (Gula & Bmi) secara percuma.

IMG_6751
Booth KPJ

BARAI DIK NON

Serious aku cakap run kali ini memang buat aku barai. Mana tak nya satu traning nan hadoo dik aku memang kurang training untuk RUN kali ini then route die ni ya allah ya ampun memang mengucap panjang. Umpama kau dah mendaki dah wei aku ade laa juga 2-3 kali berjalan sebab semput nak naik bukit ni pergh memang barai. Tengok la sendiri dia punya route ni.

10km
Route 10Km

Sementara menunggu result aku n geng melepak laa depan pentas utama layan abang-abang busker nyanyi lagu malar segar dan juga celoteh emcee dan host malam itu. Oh yaaa malam itu Hadiah utama cabutan bertuah ialah sebuah kereta PROTON IRIZ uolsss siapa laa dapat kan untung sangat.

IMG_6773
Penyampaian Hadiah Best Dress

Bila hadiah untuk larian dah disampaikan ade pulak hadiah untuk pakaian terbaik.best dress. Tempat pertama 700RM seterusnya RM500 dan RM300. Hahhahaha aku tak tahu la dorang ni lari ke tak tapi pakaian dorang memang superb habis,

 

Hahahahah rasa bersalah dan berdosa nak share result yang tak seberapa ini. Tapi nak tak nak untuk anda semua i share jugak mana tahu you guys ade motivasi untuk kalahkan i yang  berlari ala mendukung lelemak di badan ni hahahahahahah.  Ok sampai sini sahaj cerita aku. Next run aku di PEACH RUN di Cyberjaya nanti aku update la Alkisahnya nanti. Terima kasih.

RESULT
Result Run

#KitaSamaSamaKongsi

KENAL PASTI ANDA SEORANG GRADUAN UITM?

Baru baru ini tular mengenai isu penjualan ijazah dari 2 universiti awam dan swasta di media-media tempatan. Lantas menyedari perkara itu anda boleh menyemak status anda mahupun pekerja yang memohon pekerjaan dari anda jika mereka adalah seorang graduan dari Universiti berkenaan. Misalnya jika seseorang itu graduan di UITM anda boleh menyemak dengan ke laman web:

www.uitm.edu.my 

dan akan di bawa ke pautan di bawah

5B6C633F-BAE8-453F-B8EB-EDE76532F8AB

kemudian akan dipaparkan pautan di bawah. Anda boleh menyemak dengan memasukan no kad matrix anda kalau kau ingat la, no kad pengenalan atau nama penuh anda …. maka akan keluarlah segala rekod berkenaan

5439484F-6548-4E5C-A7C7-57C0A64B7638
Ok so diploma abang dan ijazah adalah tulen macam abang 😄

So lepas ini majikan di luar sana tak perlu laa risau ya. Anda aku rasa sekarang ni kebanyakan majikan tak pandang sangat akedemik ni yang penting pengalaman aku rasa laa. Tapi penting jugak pelajaran ni bagi memastikan berapa tangga gaji permulaan yang kau harus dapat. Jangan memilih kerja uolsss.

#KitaSamaSamaKongsi

Alfatihah

Nukilan Buat Mu Sahabat…

Baru-Baru ini aku dikejutkan dengan berita yang benar benar buat aku terkejut. Kawan baik sejak dari zaman persekolahn pergi bertemu penciptanya. Allahuakhbar…

Terkejut sangat sangat terkejut. Bukan aku sahaja malah semua kawan kawan turut merasa sedemikian..

225FB73F-5D61-43BE-9CED-373CD9E097A1
Aku Dan Arwah Duduk Di Hujung Sekali 😢

Biarlah aku dan yang lain menyimpan memori kita yang kita cipta dulu untuk kenangan akan datang.

Alfatihah untuk mu.. selain doa yang ku-utuskan aku harap nukilan ini juga mampu membuat insan-insan di luar sana juga turut menghargai TEMAN/SAHABAT mereka.

43F9E950-F401-4363-A1D9-C92AD3B5A076

Terkilan…
Kenapa saat kau sedang sihat aku tak pernah nak ingatkan kau
Saat aku gembira tak pernah terdetik nak ingatkan kau
Saat Kau derita mungkin tak pernah aku tanyakan kau
Saat Kau PERGI aku hanya dapat meratapi kesedihan ini.

Terkilan AKU.
Kau yang aku gelar SAHABAT pergi berjumpa ILLAHI mendahului kami
Kau yang aku gelar Teman dah tinggal kenangan
Kau yang aku gelar KAWAN meninggalkan aku sebagai kawan

Ya Allah.
Layakkah aku menjadi SAHABAT, TEMAN & KAWAN.
Maaf kan aku,Maaf kan Aku
Terima Kasih HAIRUL AZHAR BIN JAAFAR atas kenangan persahabatan selama ini.

Tugas mu di dunia sudah tiada..
Aku juga kan menyusul mu kemudian.
Berehatlah sepuasnya. Kiriman Alfatihah sentiasa ku kirimkan untukmu jika aku teringkatkan masa masa masa kita bersama.
Salam Sayang untuk mu sahabat.
02.04.1987 – 04.10.2017

 

#KitaSamaSamaKongsi

 

Why Bukit Batok could be your next place to reside

image.Are you planning to upgrade your current home and wanting buy a new property but you have not decided on which neighborhood to choose. If your answer to that is a yes, you might want to consider getting a condominium in Bukit Batok. This article will guide you through the reasons on why Bukit Batok could be your next place to reside.

image

Bukit Batok, also known also the Little Guilin has its named derived from the word “Batok”, which means skull top in Malay. This is portrayed by the hills in Bukit Batok Area. Bukit Batok was also a partial industrial area in the past but has since become a housing estate in the 1970s.

  1.     Laser tag + $1 massage
image
Credit Picture : HOMETEAMNS

Thinking hard on how to spend your weekends wisely? Why not have a game of laser tag with your friends at The Clubhouse at Home Team NS? You get to try the air rifles, have a bowling session, karaoke session at the karaoke lounge and best of all, you get to enjoy an awesome massage at the massage chair that cost only $1 for 16 minutes. That is a pretty good deal and good way to spend your weekend with your friends.

  1.     Photoshoot session at the town park

image

You will be amazed at the breathtaking scenery at Bukit Batok Town Park. This town park has earned itself a title of Little Guilin due to its breathtaking beautiful scenery. Bukit Batok Town Park has housed a granite factory once in the past until 1980s, however, it has fallen into disuse after that. Therefore, the remaining of the granite is now the towering cliffs that we see today. Still, it is one of the top choices for wedding couples to have their photoshoot sessions in Bukit Batok Town Park.

Little Guilin
Credit Pic: 2009 Street directory

As we know how beautiful Bukit Batok Town Park is, it has then become a hot spot for couples to take wedding pictures. Despite being far away from the city, it is still a well known place for people to take Instagram worthy pictures to post on their social media. If you are not up for a photo shoot session, Bukit Batok Town Park could be a good place for you to just chill and relax yourself, or even have your yoga practice.

  1.     Amazing food

Singaporeans love their local food and are willing to travel all the way just to hunt for good food. New Ubin Seafood is no stranger to Singaporeans as it is well known for its amazing Zi Char delicacies, such as the famous chilli crab. Not only the chilli crab, do give the Angus Beef Steak sprinkled with sea salt, comes with caramelized onions and potato wedges a try and you will love it for sure if you are a beef steak lover.

IMG_6209
Pic Credit : IG New Ubin Seafood
  1.     Soya sauce chicken
IMG_6210
Picture Credit : IG @kennethong

Joyden canton Kitchen located at Bukit Batok is a Cantonese restaurant that serves a variety of contemporary and traditional Cantonese dishes. If you are unsure of what dish to order, do try out their signature famous Joyden Soy Sauce Chicken. Think tender and well marinated chicken, you will definitely love this dish a lot. Other than the famous soya sauce chicken, there are also many Cantonese dishes that are worth trying out.

  1.     Beer buffet 

Great news for alcohol lovers or people who want to spend their time chilling, drinking and talking at the same time. The RawR Kitchen has received many good reviews and it is a microbrewery cum restaurant that serves beer buffet. The RawR Kitchen specializes in craft beer and customers get to choose between 11 types of different beers by On Tap Brewery. The recommended Wheat Beer has won a second place in the Asia Beer Medal Awards. If you like it, opt for the affordable beer buffet that costs only $35 and you get to drink all you want for a whole 2 hours. You can even order the deep fried pork belly and salted egg yolk wings to pair with your beer.

Are you convinced yet? If you are, thinking of getting a resale HDB flat in Bukit Batok, do check out the table below for the average HDB resale price:

Year 3 bedrooms 4 bedrooms 5 bedrooms
2016 $326,500 $423,200 $525,750
2015 $327,750 $422,350 $520,300
2014 $351,875 $448,475 $541,750

There are also condominium units available at Bukit Batok neighborhood that is worth checking out.

In conclusion, Bukit Batok is a great place to reside at with a granite mountain in your backyard and some of the best Zi Char stall and cafes in Singapore that you can visit. You can also check out some hidden gems that most Singaporeans do not know about. Furthermore, Bukit Batok is a peaceful and quiet housing estate as compared to the busy neighborhood such as the Central Business District (CBD) or Orchard Road.

image

#KitaSamaSamaKongsi

KAWAN SAMPAI BILA BILA PUN KAWAN

Tetibe minggu lepas hari Ahad tak tau nak buat apa yelaaa mana taknya pukul 3pagi dah sampai KL dari Kulim bajet bajet kul 6 sampai tapi bas yang aku naik tu hahahaahah serammm laju gile bahahaha.. Nasib tak ….

Rutin kebiasaan aku kalau hujung minggu mesti Zumba tapi dek kerana mengantuk dan kira kira injured lepas Sp Half Marathon tu aku skip je laa session haritu. Then tak de buat apa duk stalk laa insta story kawan kawan tetibe ade seorang hamba allah ni komen balik wei jom jumpa nak lunch .. Hahahaha

IMG_5711[1]

kebetulan aku memang lama tak jumpa die ni so aku pun just setuju je dah alang alang aku roger jugak kawan aku sorang ni yang memang satu geng jugak dulu dengan kami masa kerja kat primework studio . So masing-masing decide nak keluar lunch di Avenue K. Haaa sebut pasal Avenue K ni aku memang lama dah teringin nak makan Dolly Dim Sum kat bawah tu cuma bila ajak yang lain asik tak free jaa so kebetulan kat situ yang dekat dan xcrowded so kami jumpa kat situ ja.

Okai selingan sikit #Ootd masa ini aku pakai baju dari Melbourne yang aku beli baju putih polos dengan Jaket yang aku tampal patch #Route66 jaket ni aku beli dah lama tapi tak guna guna sebab tak muat dulu hahahaha.

img_5742-e1506742672513.jpg

Aku sampai betul-betul waktu lunch lebih kurang jam 1.30 tengahari orang pon masa tu boleh tahan laa tapi xpenuh. Satu ja aku puji Avenue K walau tengh bandar orang tak ramai Boat Noodle die pun xramai pergi la try! So kawan aku sorang dah sampai terus chop tempat duduk. Masing masing first time datang and order ade ja menu tapi tak de gambar dah semua tak keruan nak order mana.

Bila semua dah order masing-masing punya selera berborak laa kami update pasal berita terkini masing masing yelaa lama tak jumpa kan. Hahahahaha Ok dalam setengah jam lepas tu satu satu meni kami sampai . Nak tahu apa yang kami order heheheh jeng jeng:

IMG_5717

IMG_5719

Komen pasal makanan:

1) Harga – Bukan nak cakap apa tapi memang ok la di caj sebegitu tapi bila tengok balik portion yang kau dapat memang berbaloi-baloi. Kira 1 pinggan boleh kongsi 2 orang. So cadangan bila korang nak order make sure berpada-pada boleh jaa datang selalu kat sini.

2) Pelayan – Mesra dan ok. Then cepat dorang serve kami, kami mintak extra spoon pin cepat je sampai .

3.) Interior memang superb habis hahahaah memang sesuai untuk bawak family kat sini. Yang nak buat #Ootd Ke foodporn memang sesuai sangat

4) Recommended menu:

*Dim Sum - Siew Mai 

* Prawn Chee Chong Fun

* Crispy Egg Noodle

*Iced Sea Coconut

Ok habis cerita ni. Kami decide nak pi pavilion maklum laa aku pun bukan selalu turun KL City ni better duk umah kan bahahah. Yang sorang ni duk gigih nak cari Lipstick kat DUCK yang VIVY YUSOFF punya tu. Bila dah dapat lipstick tu kami ke Fashion Vallet pulak tengok tengok lepastu terperasan laa satu kata kata hikhmt ni terus posing di situ.

IMG_5803
‘… I’m not A Shopaholic, I’m just helping the economy…”

Lepas dah puas jamu mata kami decide nak Hi Tea di food republic di PAVI ja haahaha menu nya? mula mula sorang ni nak makan Ice Cream tapi tak jumpa pulak then nampak pulak taufufa dan cakoi terus decide beli dan makan kat situ.

Then Cadangnya nak pergi makan nasi lemak tapi memandangkan kenyang dah so kami postpone makan session ni lain kali hahahahaha, So nekad nak balik . Sebelum balik kami abadikan kenangan dengan mengambil gamabr bersama, Bahahahah cerita di sebalik gamba ini, tiada jurukamera hanya props yang di gunakan ialah kotak kasut dan kasut serta kamera self time taraaaaa.

 

#KitaSamaSamaKongsi

12 KM – PUAS ATAU TIDAK?

SP HALF MATARATHON

Akhirnya Program yang sepatutnya berlangsung 16 September yang lalu berjaya di laksanakan pada Sabtu yang lepas. SP Half Marathon berlangsung dengan penuh jayanya. Aku macam biasa ambil kategori 12 km, kiranya ini first time ambil kalau tidak 10 km sahaja tapi waktu pendaftaran memang tak de 10km dalam list tersebut so aku terus tawakal aja lahhhh. hehehhee

IMG_5673

Nasib pada hari larian yang berlangsung pada Hari Sabtu tu hari Jumaat sebelumnya public Holiday so aku ambil keputusan nak naik bas je dari Kuala Lumpur ke Kedah.  Yela pelan asal dah beli tiket flight tapi melancong tempt lain (kilk sini). Heheh so satu malam sahaja di Kedah. Sehari sebelum larian dapatlah tengok sendiri race kit yang diambil. Heheheh.

IMG_5711[1]

 

Acara sepatutnya bermula pada 630 pagi bagi Kategori 12km dan 6.10 pagi bagi kategori 21km namun akibat datang lambat jam 645 pagi baru aku dan teman start berlari hahahahahah bayangkan laa macam mana kelam kabut nya kami berlari. Lebih kurang 1km baru la nampak kelibat orang yang berlari tadi.

Untuk route larian kali ini agak biasa ja tapi memang best. Hahahah yelaa 3 tahun ko belajar kat Sungai Petani tu ade jalan jalan yang tak pernah kau lalu pun bahahahahah. Pelik juga aku sebenarnya ni jalan mana ni tembus kat mana, Namun suasana 3 tahun dulu masih segar dalam ingatanku .. Oh rindunya Sg Petani.

IMG_5679

Ok lebih kurang 1 Jam lebih jugak berlari akhrinya aku sampai ke garisan penamat. bahahahah baju jangan  cerita la lenjun mandi peluh. Sampai je sana terus cari kawan kawan yang dah samai terlebih dahulu dan terus ambil gambar.

IMG_5688

Oh untuk event kali ini puas ke. Puas sangat tapi tulaa macam tak meiah sangat event kali ini berbanding larian sebelumnya ye laa mungkin pelan asal yang dirancang tergendala sebab ade perkara yang tidak dapat dielakan. So mungkin sebab itulah tak meriah sangat.

Okai! update pada hari ini 28/9 adalah result dari larian hari tersebut bahahahaha macam tak percaya je uolss hahahaha tapi kira ok lah kan beginner macam aku ni. =)

Untitled

21768188_10209827826120461_6457287830316897897_n
Sumber : http://bit.ly/2xzPNTU

Lebih kurang setengah ambil gambar semua kami terus balik dan bersarapan di Kulim. Maaf tak sempat nal ambil gamabr sebab lapar sangat bahahahah. Then waktu dalam perjalanan balik aku ade cakap ngan kawan aku nak masak Kue Teow Goreng untuk lunch nanti so singgah kedai beli la barang-barang nak masak kue teow. Maka terjadilah Kue Teow Goreng ini. Nah Resipi :

2 Paket Kue Teow (Leraikan)

5-6 Biji Bawang Merah Kecil

3 Biji bawang putih

5 Biji Cili Padi 

*di tumbuk kesemuanya

6 Sudu Besar Cili Boh 

Fish Ball/Fish Cake

2 Sudu besar Sos Tiram 

3 sudu Besar Kicap 

Sayur Sawi & Taugeh 

2 Biji Telur * Masukan bila kue Teow Dah Di gaul dengan bahan cili tadi
IMG_5694

#KitaSamaSamaKongsi

 

 

HARI MALAYSIA – DI PUNCAK

sphmbanner

Pelan awal pada hari Malaysia minggu lepas nak berlari di Sungai Petani sempena SP Half Marathon, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan event pada hari tersebut terpaksa di tunda pada 23 September ini. Ini kerana kerajaan negeri Kedah sedang berkabung selama seminggu atas kemangkatan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Alfatihah.

21479952_2021608364726056_2127117883744976896_n

Malam 15 September tu aku ke Penang dengan menaiki flight, kisahnya pulak flight aku 3 kali delay, hahaha angin aku sampai penang dekat 1230 malam pisang kawan aku tunggu kat airport. Ok sampi rumah dalam 1 lebih memang tak larat terus ja la tido. Oh sempat juga plan dengan die ngan pergi hiking ke-esokan paginya.

Pagi tu lebioh kurang jam 8 pagi aku dan member aku gerak ke Bukit Mertajam atau kawasan die Choruq Tokun kat situ ade sebuah bukit yang selalu jugak orang datang hiking and memang. Waktu aku sampai situ memang banyak kereta yang duk parking tambahan ade pulak event sempena dengan Hari Sungai.

IMG_5287

Kami memulakan perjalan mendaki ke atas bukit tu lebih kurang jam 845 pagi. Pergh agak mencabar jugakla bukit ni jauh lebih mencabar daripada bukit yang bertrek kat kl ni. lepas satu jam baru sampai Check point yang orang berhenti untuk buang air dan berehat. Lepas tu kami naik semula ke atas sampai la kami jumpa open deck yang dapat lihat Empangan Mengkuang. Ya Allah cantiknya. Memang hilang penat terus nampak pemandangan kat sini.

IMG_5259

 

IMG_5258

Lebih kurang 20 minit jugak la kita orang duduk kat sini posing-posing bagai ahhahahah. Then kita orang meneruskan perjalan naik ke puncak dalam setengah jam lagi. hahahahah Penat wei !! Dah sampai puncak pose lagi la apa lagi ahahahahaha.

IMG_5261

Well dah dekat 2o minit jugak kita orang lepak rehat kat atas ni. MAsanya untuk kita turun. Naik satu hal, turun pun satu hal!! hahahahahahaha serious wei terasa urat urat ko meregang habis ahhahahaha . Sampai je kat bawah tu kita orang pun singgah singah di tapak pameran kat bawah ni.

 

So dah habis ronda aku pun balik, kat luar kawan aku tunjuk bukit yang aku naik tadi tu wowww macam tak percay aje wei aku sampai ke puncak bukit nie, Bahahahahah

#KitaSamaSamaKongsi

IMG_5389