LARIAN PERTAMA 2018

#BalingBelakang

Macam tak percaya rupanya-rupanya lebih 10 acara larian aku dah join tahun 2017, bermula dengan 5km sampai 12Km aku masuk, Mula-mula tu memang laa tak biasa sangat tapi lama kelamaan jadi macam satu kemestian untuk masuk program ni sebulan sekali. Ye laa aku berlari pon bukan sebab nak bersaing dengan mana-mana orang cuma bersaing untuk kesihatan dan juga memuaskan nafsu sendiri hahahahah. Ni aku recap sikit acara run 2017 yang aku masuk:

January : Malam Tahun Baru – E-Curve Fun Run – 5km, Shine Resolution Run 5km

February : Melaka Balloon Run, 5Km

March : Alor Star Half Marathon, 5km

April : Chow Kit Run, 6km

May : Standard Charted, 5Km

June: Puasa Uolssss

July : The Running Diva, 10km

August : IJM SEREMBAN RUN, 10km

Sept : Sg Petani Half MArathon, 12km

Okt : HSN2017, 10km

Nov : Peach Run : Batal ,10km

Dec: Jakel Run, 10km

IMG_2929

 

TWINCITY MARATHON 2018

Agak payah juga nak decide RUN mana aku nak join sempen atahun baru ini, hurm tapi bila tengok tengok route yang sedia ada aku macam berkenan dekat route jalan ni dekat area cyberjaya, memang tak pernah sampai pon sana tulaa rasa nak menCUBAkan diri untuk amek RUN ni. Untuk permulaan tahun ni aku terus amek 12km punya kategori ahhahaha alang alang nak mencabarkan diri.

IMG_2857

Event pagi itu peserta 12km akan dilepaskan jam 6.30 pagi, so ni kiranya first time jugak la aku berlari kat sekitar cyberjaya ni hahahaha. Laluan kali ini tak begitu sukar memamng tak dela daki bukit bagai semua jalan ok bagio aku so memamng yang kaki lari laju mmg akan cepat habis laa. Banyak juga Water Stop kat larian ni dan paling menarik  hahaha tetibe ade aiskrim pop dorang bagi hahahaha weii tetibe teringat momen budak budak hahahaha. Tapi tulaa sebab dah ramai and very limited memang tak dapat laa asikrim tu.

IMG_2861

Aku sampai di garis penamat lebih kurang jam 8.15 hahaha result die nanti aku kongsikan ahhaahah. Habis la basah lenjun semua segalanya yang aku pakai ni. Nasib baik Dashing punya semburan Deodorant and minyak wangi membantu aku berasa selesa walaupun dalam keadaan berpeluh.

CD5C7BE8-F99C-4E5C-A7CE-D75ED0D7FEA6
DASHING NYATA MEMBERI KESELESAAN

Sampai Sampai je ambil medal dan barang-barang yang lain terus aku tengok ade satu khemah ni tengah pulun orang duk beratur. Perghh rupanya dorang beratur nak ambil bihun goreng. Weii panas panas wei bihun die. Memang terbaikk. Dah penat berlari ko makan bihun goreng pulak . Hahahah 2 kali tambah okai.. LAPAR .

IMG_2874
Terliur Tak Tengok 
IMG_2875
Terserempak Gadis Bumi Kenyalang

Aku rasa untuk event larian ni memang terbaik laa sebab apa sebab very organise, cuma bila dapat goodies beg tu alaaaa hahahha kesiann then tempat parking tu hanya tuhan yang tahu hahahhaha but ok je untuk aku. So kalau korang kat sana tu yang bawak kereta ke mana mana event larian aku galakan car pool laa ek atau naik je public transport kalau ade. Senang. HAhahah Lepas berlari ke mana pula kita ? tunggu okai.

Kata Pujangga hari ini : Jangan pernah mengalah sebab apa? Selagi kau berusaha untuk habiskan selagi tu laa kau akan kuat untuk sampai ke garisan penamat..

#Kitasamasamakongsi

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s