TEATER MUZIKAL PENDETA ZA’BA

IMG_0401

Pada 4 Disember yang lalu aku berpeluang menonton persembahan sebuah naskah agung pementasan Teater Muzikal seorang pejuang bahasa iaitu Pendeta Za’ba di Auditorium D’Sury, Komplek Jabatan Kesenian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan. Pementasan dibawah pengarah yang sememangnya terkenal iaitu saudara Lokman Ghani ini mendapat sambutan hangat oleh semua pihak terutamanya di Negeri Sembilan ini. Sebelum ini saudara Lokman Ghani juga merupakan pengarah bagi Konsert Lentera Timur Dato Siti Nurhaliza, Konsert Muzika Ekstravaganza dan beberapa siri pementasan yang lain.

IMG_0426
Abby Yus Sebagai Penglipulara dan Ketua Kampung

Pementasan yang berjalan selama 3 malam ini menghimpunkan juga nama nama besar antaranya Dato Ahmad Tarmimi Siregar yang membawa watak sebagai Za’ba (Dewasa), Dato Jalaludin Hasan sebagai Dato Onn Ja’far dan Abby Yus bertindak sebagai Ketua Kampung dan penglipurlara. Pementasan selama hampir 2 jam ini aku rasakan tidak klise daripada persembahan yang lain kerana muzik, busana, latar tempat dan koroeograf nya seperti bersatu dalam tetaer tersebut memamng aku puji habis. Tamabahan pula pengarah muzik nya dipimpin oleh komposer terkenal Dato Suhaimi Mohd Zain atau mesra lebih dikenali dengan nama Pak Ngah.

IMG_0409
Tarian dan Lagu Yang Segar
IMG_0395
Pengarah Muzik Pak Ngah Suhaimi 

Sinopsis dan Latar Belakang Za’ba.

Siapa yang kurang mengenali pejuang bahasa ini, Zainal Abidin Bin Ahmad atau Za’ba dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir Jempol Negeri Sembilan dan merupakan anak melayu Negeri Sembilan yang pertamana berjaya menyambung pelajaran ke Sekolah St Paul Institution sebuah sekolah Inggeris dan memperoleh Senior Cambridge. Tetapi dengan kelulusan uang Za’ba peroleh kesemua jawatan yang dipohon seperti Settlement Officer, Forest Ranger semua ditolak sebaliknya ditawarkan menjadi guru sandaran di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

IMG_0449
Za’ba & Dato Onn Ja’far

1941-Ketika Jepun menyerang Malaya, Za’ba dilantik berkhidmat sebagai ketua pengarang dan penterjemah berita Radio, Jepun dan di Singapura Za’ba muncul sebagai penulis yang banyak mengkritik dan melalukan provokasi secara berani,melalui karyanya. Apbila Jepun mula menyerah kalah Za’ba dilantik menjadi penterjemah di Mahkamah tinggi

IMG_0417
Za’ba ketika menanyakan kepada Pegawai Inggeris Kenapa Permohonan Biasiswa nya di Tolak

1956 – Dalam satu majlis sempena Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga, Za’ba telah dianugerahkan gelaran PENDITA sebagai menghargai jasa beliau dalam bidang bahasa dan sastera melayu.

Komen:

Secara keseluruhannya aku berpendapat tokoh tokoh sebigini harus diangkat dan karya karya mereka yang mereka perjuangkan harus dipentaskan sebagai salah satu cara menghargai dan mengenali pejuang bangsa bahasa negara. Ya memang kerja ini bukan boleh dibuat seorang diri tapi memerlukan sokongan ramai pihak terlibat untuk menjayakan nya.

IMG_0419

Tahniah kepada penganjur dan juga rakan tajaan yang lain diatas pementasan yang aku lihat sangat berjaya dan membuka mata semua pihak tentang siapa disebalik pejuang bahasa Melayu ini di tanah melayu sendiri.

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s