FROM MALAYSIA TO MANCHESTER WITH DASHING

nVisual 1

Haaa tengok tajuk dah Gempak.. Hey!! siapa yang tak nak ke Manchester, UK? hahahahha lagi lagi kalau dapat peluang tengok favorite football club korang MAN U VS MAN City beraksi secara langsung dari seat VIP. Peluang sebigini tak kan datang selalu ok! Wow siapa dah teruja hahahah aku yang menulis ni pun dah macam berangan-angan nak ke sana. Dapat tengok football match dapata jugak macam macam peluang yang lain bila sampai di Manchester nanti.

Hadiah tak ada lah datang bergolek dengan sendirinya, apa yang korang kat luar sana kena buat? macam nak dapatkan hadiah yang menarik ni. Meh sini nak story ngan korang apa yang korang kena buat untuk dapatkan peluang ke Manchester. Senang sahaja Dashing Malaysia sekarang ade buat peraduan Jom!Lets Go Manchester dimana peraduan ini bakal berakhir pada 31 January nanti, so macam dah nak dekat dah tarikh tutup ni. Sabar-sabar jangan risau masih sempat lagi. Begini caranya kalau anda nak sertai peraduan ini:

  1. Beli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam suatu resit (tanpa had belian minimum), jangan campur-adukan barang korang yang lain macam boxer ke, alat makeup ke hahahahah.
  2. Kemudian ambil gambar resit tersebut dengan CLEAR maknanya nampak segala butiran, tak kesah la guna hadphone murah atau mahal.
  3. Hantar GAMBAR RESIT tersebut melalui WHATSAPP beserta Nama Penuh, No Kad Pengenalan dan Tempat Belian(Guardian, Watson, Kedai Pak Tam,) dan hantar ke +6016-9972372 Whatsapp ye bukan wechat bukan telegram

Tak paham bahasa melayu nak abang tepek sikit dalam bahasa inggeris:

*Purchase any DASHING or ELITE products in a single receipt and Whatsapp a clear photo of the full single receipt, name as per NRIC or Passport, NRIC number or Passport Number and outlet of purchase to +6016-9972373. *

Boleh jugak rujuk gambar dibawah untuk senarai produk DASHING & ELITE serta cara-cara masuk contest ini.

Visual 2

Tapi korang mesti susah kan pilih nak beli produk yang mana satu? Sebab memang barang baik punya produk DASHING & ELITE ni. Meh sini abang nak bagi cadangan apa korang beli LIMITED EDITION ini  iaitu Semburan deodorant  yang ternyata untuk lelaki aktif di luar sana pastikan anda ambil yang “ultimate Kick” yang ade logo Kelab Man-City. Haaaa Ekslusif okai. pastikan peminat Man-City kene dapatkan sebotol atau beberapa botol deodorant ni.

Bukan itu sahaja yang limited edition minyak wangi ni pon sama jugak, mengambil inspirasi warna tema kelab Man_city  juga didatangkan dengan rekabentuk yang menarik juga baunya YA Allah takut nanti awek -awek luar sana ikut balik jer, Hahahah ok la dik abang still single lagi. Untuk produk-produk diatas boleh la dapatkan di Farmasi Guardian & Watson atau di kedai-kedai yang keluarkan resit untuk membolehkan anda menyertai contest ini.

CD5C7BE8-F99C-4E5C-A7CE-D75ED0D7FEA6Pagi tadi dah alang alang aku masuk Run untuk 12km aku sembur laa Deodorant dan minyak wangi ni haaa engkau sampai habis acara dan sampi rumah tak ada bau yang kurang menyenangkan itu. hahahaha al maklum kalau kau berpeluh mesti la ko tau bau apa yang keluar hahahahahah.

E90F0B6A-B7E0-404F-AF72-E3CE51BA3095

628D6168-DB02-47F1-8DB9-E6ACF01EF8F1

 

Kalau la di takdirkan anda anda kat luar sana tu menang, korang juga akan dibawa pula ke Ikonik Stadium di sekitar Bandar Manchester antaranya National Footaball Museum (Muzium BolaSepak) ,Stadium Old Trafford , Stadium Enfield dan tak lupa pusing-pusing dalam Stadium Etihad dan juga Magical Mystery Tours woww apaa tu tak sabar pulak abang !!

Untuk maklumat lanjut serta T&C yang lebih lengkap boleh layari pautan   www.facebook.com/Dashing.my atau www.dashing.com.my

 

 

TEATER MUZIKAL PENDETA ZA’BA

IMG_0401

Pada 4 Disember yang lalu aku berpeluang menonton persembahan sebuah naskah agung pementasan Teater Muzikal seorang pejuang bahasa iaitu Pendeta Za’ba di Auditorium D’Sury, Komplek Jabatan Kesenian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan. Pementasan dibawah pengarah yang sememangnya terkenal iaitu saudara Lokman Ghani ini mendapat sambutan hangat oleh semua pihak terutamanya di Negeri Sembilan ini. Sebelum ini saudara Lokman Ghani juga merupakan pengarah bagi Konsert Lentera Timur Dato Siti Nurhaliza, Konsert Muzika Ekstravaganza dan beberapa siri pementasan yang lain.

IMG_0426
Abby Yus Sebagai Penglipulara dan Ketua Kampung

Pementasan yang berjalan selama 3 malam ini menghimpunkan juga nama nama besar antaranya Dato Ahmad Tarmimi Siregar yang membawa watak sebagai Za’ba (Dewasa), Dato Jalaludin Hasan sebagai Dato Onn Ja’far dan Abby Yus bertindak sebagai Ketua Kampung dan penglipurlara. Pementasan selama hampir 2 jam ini aku rasakan tidak klise daripada persembahan yang lain kerana muzik, busana, latar tempat dan koroeograf nya seperti bersatu dalam tetaer tersebut memamng aku puji habis. Tamabahan pula pengarah muzik nya dipimpin oleh komposer terkenal Dato Suhaimi Mohd Zain atau mesra lebih dikenali dengan nama Pak Ngah.

IMG_0409
Tarian dan Lagu Yang Segar
IMG_0395
Pengarah Muzik Pak Ngah Suhaimi 

Sinopsis dan Latar Belakang Za’ba.

Siapa yang kurang mengenali pejuang bahasa ini, Zainal Abidin Bin Ahmad atau Za’ba dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir Jempol Negeri Sembilan dan merupakan anak melayu Negeri Sembilan yang pertamana berjaya menyambung pelajaran ke Sekolah St Paul Institution sebuah sekolah Inggeris dan memperoleh Senior Cambridge. Tetapi dengan kelulusan uang Za’ba peroleh kesemua jawatan yang dipohon seperti Settlement Officer, Forest Ranger semua ditolak sebaliknya ditawarkan menjadi guru sandaran di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

IMG_0449
Za’ba & Dato Onn Ja’far

1941-Ketika Jepun menyerang Malaya, Za’ba dilantik berkhidmat sebagai ketua pengarang dan penterjemah berita Radio, Jepun dan di Singapura Za’ba muncul sebagai penulis yang banyak mengkritik dan melalukan provokasi secara berani,melalui karyanya. Apbila Jepun mula menyerah kalah Za’ba dilantik menjadi penterjemah di Mahkamah tinggi

IMG_0417
Za’ba ketika menanyakan kepada Pegawai Inggeris Kenapa Permohonan Biasiswa nya di Tolak

1956 – Dalam satu majlis sempena Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga, Za’ba telah dianugerahkan gelaran PENDITA sebagai menghargai jasa beliau dalam bidang bahasa dan sastera melayu.

Komen:

Secara keseluruhannya aku berpendapat tokoh tokoh sebigini harus diangkat dan karya karya mereka yang mereka perjuangkan harus dipentaskan sebagai salah satu cara menghargai dan mengenali pejuang bangsa bahasa negara. Ya memang kerja ini bukan boleh dibuat seorang diri tapi memerlukan sokongan ramai pihak terlibat untuk menjayakan nya.

IMG_0419

Tahniah kepada penganjur dan juga rakan tajaan yang lain diatas pementasan yang aku lihat sangat berjaya dan membuka mata semua pihak tentang siapa disebalik pejuang bahasa Melayu ini di tanah melayu sendiri.