THE GREAT JAKEL RUN 2017

Banyak keHAMPAan dalam Penganjuran kali ini.

Alhamdulillah berakhir sudah edisi larian untuk tahun ini. Nak tahu larian yang kita sertai sepanjang tahun ni, kena la tunggu untuk post seterusnya. Ahad 10hb yang lalu aku berkesempatan join acara tahunan gedung pakaian terkenal di ibukota, Jakel hehehe so firstly aku nak kongsikan la hahahah walaupun tak seberapa result larian aku untuk bulan ini.. Hahahahah

IMG_0693
Result Larian 

Okai biarlah orang nak cakap yang pasti aku mampu habiskan larian aku dengan baik sekali. 10 Km kau mampu ke hahahahah. Macam biasa kalau sebelum RUN kita akan dibekalkan dengan KIT LARIAN, untuk larian kali ini merchandise memang banyak dan sangat berbaloi dengan amount yang yang di laburkan itu. Tapi sayang tak de pulak kupon kupon diskaun yang ade ingat kan ade la dapat kupon beli-belah Jakel ke apa ke langsung tak de =). Hampa yang pertama

IMG_0580
Running Kit

Acara yang berlangsung jam 7 Pagi itu di hadiri beribu orang dari segala pelusuk tempat golongan selebriti juga hadir memeriahkan acara, antara kelibat yang aku nampak sebelum berlari Fara Fauzana, Dato Sri Siti Nurhaliza dan Dee Jangan Ketawa tapi  tak sempat nak ambil gambar yelaa dalam  flyer atau promo tak diberitahu perlepasan 10km jam berapa tup tup masa aku sampai ade komitee tersebut cakap 10km dah dilepaskan, terpaksa laa aku berlari terus  waa sedeh. So penganjur make sure la letak dekat mana-mana info tentang waktu pelepasan ini just setakat tulis jam 7pagi. Hampa yang ke-2. 

Kemudian becerita pasal laluan kali ini, aku ingat yang HSN2017 dengan standard charted je yang susah perghhh yang ini pun tak kurang hebatnya. Kejam kejam dan kejamm hahahahaha. Selepas masa di atas aku sampai di garisan penamat yang jadi tak syiok nya finishing arch tu untuk 5km dan 10 km lain lain hahahahaha wei lawak wei kenapa tak skeali kan je kene pulak belok sikit baru sampai 10km. Then lepas tu tak tahu  mana kaunter medal, mana kaunter minuman, dan pisang yang diberi semua hijau hijau hijau kelat lagi. Yang paling sedih kene berebut nak dapatkan topi. Kenapa tak bagi ja masa bagi run kit hari tu dah semua orang macam bergusti nak dapatkan topi tersebut. Hampa Ke-3.

 

IMG_0660
Tak de Mood nak ambil gambar dengan Medal Ramai!!
IMG_0671
Selfie Sedas

Mungkin penganjur kene alert la next time pasal benda-benda kecil ni. Walaupun kecil pasti ramai yang mengungkit nanti. Tapi sekalung tahniah kepada Jakel kerana hasil 100% penyertaan ini disumbangkan kepada Tabung Rohingnya . So semua perserta terlibat sevcara tak langsung menyumbang kepada tabung tersebut. Tahniah. Okai nanti kita kongsi untuk cerita Larian seterusnya..

#KitaSamaSamaKongsi

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s