KERANA SEULAS NANGKA!!!

Pergh nak cerita apa ni sebenarnya, tetiba tersebut pasal nagka ni. Nak masak ke? Oh tidak tapi apa ya?. Hahahahaha Ini ade lah sebahagian jalan cerita teater bangsawan yang baru sahaja dipentaskan di Auditiorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Dendam Laksamana sebuah naskah lama yang diterjemahkan pada satu redensi baru zaman ini oleh pengarah persembahan tetaer terkenal Patt Ibrahim. Bermula tayangan  nya pada 10 hingga 12  November yang lalu berjaya memukau hadirin yang hadir menyaksikan persembahan ini dan dibuktikan dengan tempahan tiket yang sangat memberangsangkan.

IMG_8538
Bersama Rakan Di Bangsawan Dendam Laksamana
IMG_8529
Pengarah Teater Terkenal Patt Ibrahim

Bangsawan ini menghimpukan nama-nama besar dalam barisan pelakonnya antaranya: Pekin Ibrahim ( Laksamana Megat Seri Rama) Nadia Aqilah (Wan anum) Hamzah Tahir (Bendahara Tun Abdul Jalil) dan Tria Aziz (Mayang)  juga penampilan Norzizi Zulkifili sebagai Pawang Sadewata .

IMG_8525
Pekin Ibrahim 
IMG_8527
Nadia Aqilah

Sedikit mengenai sinopsis Teater Bangsawan Megat Seri Rama atau lebih dikenali dengan nama laksamana Bentan merupakan pahlawan melayu yang sanggup berkorban dan berbakti pada kerjaan dan negaranya namun menjadi mangsa fitnah dalam perebutan kuasa.

Sultan Mahmud Syah II yang memerintah Johor Lama ketika itu terkorban bukan sahaja atas kezaliman beliau bahkan berlaku perpecahan antara puak puak di Johor Lama. Di usia 24tahun juga beliau memerintah dengan ahlak yang bertentangan dengan masyarakat yang turut disokong Seri Bija Wangsa yang bengis dan dibenci rakyat.

IMG_8448
Ucopp Bertindak Sebagai Penglipulara

Kekejaman yang berpaksikan pada nafsu semata-mata ini membawa pertumpahan darah akubat dendam Laksamana Bentan yang kehilangan isterinya setelah dibunuh Sultan atas alasan yang tidak munasabah – kerana seulas nangka

IMG_8472Begitula ceritanya mungkin ada yang tidak dapat tangkap lagi cerita ini ye kalau tajuk nya di tukar Sultan Mahmud Mangkat di Julang mungkin ade lebih familiar dan kenal bukan. Begitulah uniknya sebuah teater bangsawan !!

IMG_8501

Secara peribadinya saya memang suka keseluruhan jalan ceritanya bukan sahaja menampilkan babak penceritaan yang beremosi, ade juga elemen santai/lawak juga babak babak pertarungan. Ia memang satu produksi yang sangat WOW naskah lama yang berjaya dibawakan dengan baik di pentas bangsawan.

Ramai juga yang memuji barisan pelakon dalam bangsawan ini seperti ibu Fauziah Nawi dalam komennya di media sosial

IMG_8433

Teater Bangsawan ini juga turut mendapat sokongan dan kerjasama dari MOTAC, JKKN , Iltizam, Yayasan Hasanah dan beberapa organisasi yang lain.

IMG_8518
Barisan Pelakon – Tahniah kepada semua

So anda jangan lepaskan peluang jika dapat peluang menyaksikan mana mana Teater bangsawan yang dipentaskan kerana saya pasti cabang seni ini setanding dengan yang lain dan tentunya dapat memberi kepuasan kepada anda yang melabur untuk membeli tiket.

#KitaSamaSamaKongsi

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

6 thoughts on “KERANA SEULAS NANGKA!!!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s