Sejauh mana anda mengemari makanan dari kendera saji atau bahasa mudahnya FOOD TRUCK? Baru baru ini tular mengenai harga makanan bagi kendera saji ini sangat tidak masuk akal tapi apa apa pun pilihan semuanya ditangan anda sebagai pembeli. Tepuk dada tanya iman tanya beg duit anda. Hehehe
Baiklah selain daripada di Kuala Lumpur TAPAK URBAN merupakan salah satu lokasi Kendera Saji yang terkenal. Namun di Seremban juga tak kurang hebatnya insyallah juga bakal terkenal satu hari nanti insyallah. Terletak di kawasan lapang bangunan Mara di Jalan Penghulu Cantik dan buka setiap hari Jumaat hingga Ahad bermula jam 6 petang ini mungkin lokasi JALAN JALAN CARI MAKAN yang tak patut anda lepaskan.

Banyak juga Kendera Saji yang tersedia di sini anda mungkin perlu datang kesini beberapa kali untuk mencuba aneka makanan yang disediakan so ini dia pilihan hati saya yang pertama kali bertandang disini.
1. LAKSA JOHOR
Makanan tradisi orang Johor ni. Memang craving giler sebab susah nak dapat kat kawasan sini kalau ade pun mesti ala ala kadar ja. Berbeza dengan yang disajikan disini perghh memang terangkat habis rasa dan kuahnya. Yup kuah Laksa Johor seharusnya pekat dan melazatkan dan sambal nya memang terangkat harga? Rm8.00 sebekas memang berbaloi so dah tahu mana nak cari singgah lah. Bak bagi berapa bintang? ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️/5

2. MEE GORENG SOTONG

Hahahaaha kisah Kendera Saji ni kelakar sikit hahahaaha. Aku duk pusing pusing kat area kawasan ni tetibe aku tanya pada budak yang tengah makan kat satu meja aku tanya apa yang you guys makan ni macam menarik? Dia cakap Mee Goreng Soting kat Food Truck depan tu. terus aku pergi kat situ dan buat pesanan harga ? Rm7.00 Mee banyak Sotong banyak tambah Rm1.00 Dapat telur mata. Tak payah pi Penang dah wei. cuma satu je die tak de cili potong dan cili jeruk so terpaksa bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️/5 serius boleh cuba ok.
Menu Lain:
1. MeatBall & fries With Black Pepper Sauce
2. Fried Chicken Wings With Special Sauce
So apa lagi yang berada di sekitar Seremban, Port Dickson atau yang menghala ke Selatan cuba singgah ke sini. Memang port baik bro!!
#KitaSamaSamaKongsi
Tak pernah lagi cuba makanan food truck.. thanks for sharing Shah..
LikeLike
sama sama .. Tapi bukak jumaat – ahad je tau
LikeLike
nice info. boleh g cari nanti.. baru tau kendera saji tu food truck
LikeLike
Memang best dapat makan kat food truck ni, macam² makanan ada.
LikeLike