Siapa Ali, Muthu & Ah Hock ?

Betapa gigihnya aku bangun pagi haritu nak teman sorang kawan ni makan. Punya laa teringin die kata seminggu jugak set date nak try breakfast kat sini. Pada malam sebelumnya aku baru habis run (klik sini) pagi tu terpaksa bangun awal lebih kurang jam 7 nak pi makan kat sini.

Hari Ahad and hujung minggu ni biasanya aku memang xkan dan xsuka nak drive almaklum laa jalan Kl satu dah la Jem satu lagi parking mahal nak mampus. So penyelesaian nya, aku naik ja PUTRA LRT dari STESEN JELATEK ke STESEN PASAR SENI.

ALI,MUTHU & AH HOCK

IMG_2292
Berhadapan Restoran

Dah sampai je stesen tersebut aku terus menuju ke tempat yang dijanjikan walaupun kedai ni bukak jam 8.30 dan kamilah yang awal sampai dan menunggu untuk kedai ni dibuka. Hahahahaa gigih bukak kedai. Tapi aku tengok memang ramai orang yang tunggu kedai ni bukak.

IMG_2280

Dah masuk kedai ni tak sempat punggung panas pelayan dah datang bagi menu untuk di order. Macam macam jugak menu tersedia memang satu Malaysia punya sarapan pagi.Lihat je menu yang ada pilih ja mana yang berkenan kat tekak mengikut selera masing.

img_6788.jpg
Menu dan Harga Boleh La buat Bajet

Bila dah order aku tengok la sekeliling kedai ni, aku rasa sebahagian dinding kedai ni tak dicat semula sebab nak nampak vintage cuma ia ditambah dengan beberapa hiasan dan di ubahsuai semula. Terperasan jugak poster 3 Orang yang berlainan bangsa mungkin simbolik pada penubuhan kedai ni.

IMG_2263 (1)
Mungkinkah itu Ali, Muthu & Ah Hock

MENU YANG MENGUJAKAN

Tak sampai beberapa minit selepas order satu-satu menu yang di order datang ke meja. Hahahaah well macam biasalah kene tunggu semua menu ada baru lah boleh start ambil gambar Food Porn hahahaha gigih kan.

Menu utama yang kami order adalah:

1. Nasi Lemak Ayam Goreng

IMG_2273

Tengok gambar pon dah tahu betapa sedapnya. Ayam goreng tepung berempah yang digoreng garing memang sangat sepadan dengan nasi yang dimasak bersama santan dan dihidangkan dengan sambal. Memang terbaik! Memang nasi lemak ni satu je yang kene sedap iaitu sambal yang menjadi pelengkap pada menu tersebut. Portion makan ni boleh makan berdua so xpayah la nak order sorg satu huhuh. Nak bagi berapa bintang? ⭐️⭐️⭐️⭐️/5

2. Lontong

IMG_2270

Lontong ni yang sedapnya adalah kuah lodehnya. Tengok saja bahan bahan dalam kuah lodeh ni memang sungguh banyak, ade lobak sengkuang dan terasa ikan bilis dalam kuahnya. Memang terangkat jugak ni. Lontong ni pun boleh makan berdua. Cuma bila order lontong ni tak de sambal bilisnya macam kebiasaannya. Bintang untuk lontong ni⭐️⭐️⭐️⭐️/5

3. Chee Cheong Fun

IMG_2271

Menu yang simple tapi menyedapkan dan mengenyangkan. Heheheh Memang sedap walaupun makan begitu sahaja. Seperti biasa portion makan untuk 2 orang jugak. ⭐️⭐️⭐️⭐️/5

IMG_2272
Roti Bakar Set Bersama telur Separuh Masak
img_2269.jpg
Gambar Fooporn yang Dipilih

Ok dah siap siap makan dan sumpah kenyang hahahaha macam sia sia ja berlari semalam kami pon beransur. Layan je la gambar gambar makanan tadi ya. Moga anda pun berkeinginan nak makan sini.

IMG_2278 (5)
Ini Makan Berdua Ye Bukan Makan Sorang 

#KitaSamaSamaKongsi

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

4 thoughts on “Siapa Ali, Muthu & Ah Hock ?”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s