SABTU KU TERISI

Salam Sayang Guys..

Dah berapa hari jarang nak menaip nak update coretan untuk #KitaSamaSamaKongsi. Yelaa dik kesibukan yang melanda diri ini ditempat kerja ekoran event event MAHA BESAR yang akan menyinggah tidak lama lagi.. Pheww. So hari ini pon duk curi-curi masa nak update blog ni ha untuk tatapan kesayangan.

Tahniah Johan & Pasangan

IMG_6707
Pengantin Sedang Makan Beradab

Sabtu 14 Oktober, Bukan sahaja negara menyambut Hari Sukan Negara tapi kawan aku sorang ni pon menyambut jadi Suami orang. Tahniah Johan Fizreen dan Adila. Johan atau Jo atau Jambu waktu zaman universiti dulu adalah satu batch aku masa ambil diploma akaun dekat Uitm Kedah. Lama jugak la tak jumpa Joe ni setakat hi hi di Facebook sahaja.

Majlis berlangsung di Dewan Perdana Keramat Mall, memang GAH dan meriah majlis nya. Aku sangat teruja jugak Pelamin dan pakaian persalinan pengantin memang kene dengan tema nya iaitu Melayu Tradisional Perak, Well pengantin perempuan diarak menaiki tandu ketika memasuki ruang dewan utama. Perrghhh dasyat kan.

IMG_6702
Tersergam Indah Pelaminan Klasik 

Bila dah datang kenduri ni memang  akan berjumpa kawan kawan lama di Uitm dulu yang rapat hingga sekarang, Oh yaa kenalan Pensyarah pon terjumpa jugak sempat la bertanya khabar dan mengambil gambar bersama-sama. Masa ni jelahh boleh sembang-sembang dengan kawan kawan lama. HEHehehehe. Aku pun tak dapat lama di Majlis tu sebab ade urusan pada sebelah malamnya pulak.

 

#PROTONHSN21KM 2017

logo_hsn

Kau dah makan banyak tadi so malam ni ko kene la bekerja keras untuk menyelsaikan misi 10 KM kau. Hahahahah sempena HARI SUKAN NEGARA yang disambut setiap Sabtu Minggu Ke 2 Oktober aku dah register untuk PROTON HSN 21 KM RUN yang berlangsung di Dataran Merdeka. Selain menyambut HSN aku juga melangsaikan azam aku iaitu setiap bulan aku kene sertai 1 Run untuk cabar diri aku. Selepas SP HALF MARATHON bulan lepas aku join yang ini pulak.

IMG_6729
Sebelum Start Event 

Perlepasan untuk larian 10Km ini pada jam 8.50 Malam so aku gerak dari rumah kira kira lepas solat Maghrib dengan menaiki Putra Lrt. Malas wei naik kereta takut jem dan jugak tak de parking pulak nanti. Sebelum peserta dilepaskan seperti kelaziman akan diadakan sesi Zumba untuk menghangatkan suasana pada malam itu.

IMG_6734
Zumba Yuk 

Acara pada malam itu jugak di sempurnakan oleh ABAH aka YB Khairy Jamaludin yang turut melepaskan peserta untuk acara 21KM. Selang 20 minit selepas itu peserta larian 10KM dilepaskan pula. Oh lupa pulak sebelum aku masuk dalam kandang untuk dilepaskan aku sempat berkunjung ke BOOTH KPJ dan sempat membuat beberapa test (Gula & Bmi) secara percuma.

IMG_6751
Booth KPJ

BARAI DIK NON

Serious aku cakap run kali ini memang buat aku barai. Mana tak nya satu traning nan hadoo dik aku memang kurang training untuk RUN kali ini then route die ni ya allah ya ampun memang mengucap panjang. Umpama kau dah mendaki dah wei aku ade laa juga 2-3 kali berjalan sebab semput nak naik bukit ni pergh memang barai. Tengok la sendiri dia punya route ni.

10km
Route 10Km

Sementara menunggu result aku n geng melepak laa depan pentas utama layan abang-abang busker nyanyi lagu malar segar dan juga celoteh emcee dan host malam itu. Oh yaaa malam itu Hadiah utama cabutan bertuah ialah sebuah kereta PROTON IRIZ uolsss siapa laa dapat kan untung sangat.

IMG_6773
Penyampaian Hadiah Best Dress

Bila hadiah untuk larian dah disampaikan ade pulak hadiah untuk pakaian terbaik.best dress. Tempat pertama 700RM seterusnya RM500 dan RM300. Hahhahaha aku tak tahu la dorang ni lari ke tak tapi pakaian dorang memang superb habis,

 

Hahahahah rasa bersalah dan berdosa nak share result yang tak seberapa ini. Tapi nak tak nak untuk anda semua i share jugak mana tahu you guys ade motivasi untuk kalahkan i yang  berlari ala mendukung lelemak di badan ni hahahahahahah.  Ok sampai sini sahaj cerita aku. Next run aku di PEACH RUN di Cyberjaya nanti aku update la Alkisahnya nanti. Terima kasih.

RESULT
Result Run

#KitaSamaSamaKongsi

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

17 thoughts on “SABTU KU TERISI”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s