SUKAN SEA – MAJLIS PENUTUP

 

DIe4SOnVwAAP37_

Tahniah buat seluruh kontinjen Malaysia kerana meraih pingat emas jauh daripada yang disasarkan. Alhamdulilah juga tahniah buat seluruh negara yang menyertai Sukan Sea untuk edisi kali ini. Okai bercakap pasal sukan sea kali ini, aku pun tetibe dapat invitation last minute ke Stadium Bukit Jalil yang sudah dikenali dengan nama baru nya iaitu KL SPORT CITY untuk bersama-sama dalam upacara penutup sukan sea. Kali terakhir aku ke Bukit Jalil tak silap masa AJL tak pun sure heboh dan duduk dalam Stadium Nasional tu masa Konsert Fantasia Siti Nurhaliza.

Terima kasih kepada pemberi jemputan ini. Mula mula ade la jugak tanya kawan kawan tup tup dekat pukul 6 barulah dapat panggilan ade tiket lebih apa lagi terus bergegas mandi dan terus naik LRT dari Pandan Jaya ke Bukit Jalil,  sepanjang perjalanan memang yang ramai sungguh nak ke Bukit Jalil malam tu….

Sejurus tiba sahaja di Bukit Jalil terus dapatkan kad jemputan dan terus ke Gate D Ya Allah jauhnya nak menapak !! Hahahah tapi alhamdulilah dapat seat yang kira yang memang best SPOT laaaaa. Memang best. Lebih kurang jam 8.00 malam majlis bermula dengan pre – performance daripada pancaragam sekolah dan juga dari angota badan beruniform tak kurang juga rupanya si rimau ni pandai bermain alat muzik,

IMG_4569

IMG_4578

Acara pre-show ini juga turut di meriahkan dengan kehadiran host dan pengacara terkenal tanahair iaitu Naz Rahman (JJCM), Cheryll Samad dan Datuk Aznil Hj Nawawi yang saya rasa cukup bijak mengawal suasana pada malam itu untuk tampak meriah. Sejurus itu persembahan Soundtrack Of Malaysia diteruskan dengan barisan penyanyi terkenal tanahair yang di sulami dengan lagu lagu malar segar dari 70’an sehingga kini.

Antaranya Dato M Nasir, Amy Search, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Jaclyn Victor Black dan ramai lagi. Dan malam itu juga kiranya rakyat Malaysia juga menyambut detik sambutan 31 Ogos yang akan berlangsung esoknya. Actually banyak je video yang aku rakamkan tapi xboleh la pulak nak share kat sini hehehheheeh. Overal dari segi pemerhatian aku, memang terbaiklah upacara penutup kali ini. Memang puas hati sungguh!!  Next Filipina pulak akan menjadi tuan Rumah untuk temasya yang 3 Dekad ini. Mabuhaiii Philippines

Tahniah buat seluruh warga kerja penganjur KL2017 dan Tahniah sekali lagi buat semua kontinjen negara.

IMG_4557

#KitaSamaSamaKongsi

 

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

2 thoughts on “SUKAN SEA – MAJLIS PENUTUP”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s