RAYA OOTD

Fuhhh agak bersawang blog kita ni. Almaklum la raya kan sebulan katanya. So blog pon ikut cuti raya. Sebelum abang menulis panjang karangan hari ini abang ingin menyusun ampun dan maaf pada semua teman teman yang membaca posting ini Selamat Hari Raya – Maaf Zahir dan Batin dan terima kasih kerana terus menyokong blog hamba ini. =)

Baiklah bercerita pasal Hari raya ni abang pasti bukan setakat nak tunjuk juadah enak, lemang ketupat, biskut raya , langsir rumah dan sebagainya tapi pasti juga korang nak tunjuk baju apa yang korang gayakan ketika pagi raya hari tu kan. Tipulah kalau tak de anda semua yang tak menunjuk baju raya anda tu penat penat bersesak membeli takkkan nak simpan dalam gobok je kan.

So hari ini abang sahaja la nak kongsi baju baju yang abang pakai masa Hari raya tempoh hari. Kita mulakan dengan

HARI RAYA PERTAMA

IMG_0924

Set persalinan Baju Melayu ni abang beli di Jakel Mall Kuala Lumpur sekali dengan sampin nya. ENtah la abang rasa abang sesuai kot dengan baju melayu Jakel ini potongan die kain die semua okai kira memnag letop la. Pilihan warna Hijau Mint ini dipadankan dengan sampin merah jambu cair !! Nahh jambu abang di pagi raya! Sampai ke petang abang menyarung baju melayu ini, nampak segak tak hahahahah.

HARI RAYA KE 2

IMG_1040

Dah alang-alang abang beraya di Perak #TeamRayaPerak abang pun tidak melepaskan peluang ke Teluk Intan untuk mendapatkan gambar #OOTD hari ini yang berlatar belakangkan  bangunan ikonik teluk intan yakni Menara Condong. Baju yang ke 2 ni Kurta Moden dari Rizalman Ibrahim. Ya memang selesa dan sejuk je rasa walaupun di tengahari panas terik. Lepas juga niat nak kesini sebab seumur hidup ni kira pertama kali laa baru sampai kat sini.

IMG_1054

Oh tak lupa juga abang singgah di Kellies Castle yang terletak di Batu Gajah Ipoh perak. Sakan berjalan raya ke 2 ni .

 

HARI RAYA KE 3

IMG_1181

Hari ni tak pakai Baju Melayu tak juga pakai baju kurta, hanya menyarung sepersalinan moden yang dibeli sebelum puasa lagi Harga Baju dan seluar tak sampai rm100 pun uolss. First time pakai baju color ni macam ne uolss sesuai tak!! Hahahha Hari ke 3 ni berjalan ke Gopeng dan seterusnya ke Ipoh jumpa saudara mara dan kawan kawan di IPOH. Kenyang sampai malam uolss.

Begitulah ceritanya beraya di Kampung. lepas itu abang pon terus beraya di Kuala Lumpur dan tentunya event event raya pun meriah selepas ini. Jom tengok pulak Event Raya punya OOTD.

Majlis Rumah Terbuka MB NEGERI SEMBILAN

IMG_1585

Haaa ni first time abang pergi ke Rumah Terbuka MB ni. Memang ramai laa yang datang, Abang pi pon sebba teman boss je. Kena naik bas shuttle, Tapi tengok masjid die ni cantik kat Bandar Ekar terus la posing uolsss. Baju ini abang gune sejak Tingkatan 2 dan masih elok sampai sekarang tapi Almaklum la besar sikit, lepas tu padankan dengan sampin koleksi sendiri dan seluar hitam. Jadilah Bangsa JOHOR

 

Majlis Rumah Terbuka SWM Environment Sdn BHd – HQ

IMG_1746

Well abang just pakai baju Raya pertama haritu tiada apa apa tambahan hahahahahah nak berjimat untuk majlis seterusnya.

 

Majlis SWM KASIH Senyum Syawal

IMG_2031

Haa Baju ni di beli bila abang langsung tak teringat untuk bawak baju dari KL untuk dipakai. Terus ke Jakel Senawang terus beli, Baju dengan sampin so semua dah tau tahun depan punya tema baju hahahahahahah. Cantik kan.

 

Majlis Penghargaan EN MAHADI ABD TALIB & JAMUAN AIDILFITRI STAFF SWM NS

IMG_2509

Baju KHATAM KL ni memang besti giler! Selesa ja pakai walau pun berpanas ke tak terasa nak keluar peluh! Memang selesa la. Dan terasa nak beli lagi. Actually baju ni baju kurta Moden so abang jus pakai bersama seluar panjang hitan lengkap bersampin dan kasut daro TOMAZ menag kene kan TOP to TOE huhuhu.

 

Majlis Mesra Hari Raya Aidilfitri Anjuran Bersama SWCORP, SWM, PESANS

IMG_2755

 

So uolsss kerja macam abang ni memang best, sebulan raya ras-rasa 30 pasang baju kene beli hahahahahah. Tak apa laa janji kita pandai mengenakan baju yang sesuai ke majlis-majlis seumpamanya. Mix And Match pon perlu gak supaya baju dalam almari ko tu tak de la penuh!!

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

9 thoughts on “RAYA OOTD”

  1. Amboii banyak noo koleksi baju raya cik abang hahahha.. Shah yang hijau mint tu cantik sangat akak tgk .. sesuai ngan shah..yang lain pon cantik jugak.. nampak segak bergaya berbaju melayu.. ok ahkak dah singgah sini… nnt ada masa meh laaa terjah blog akak http://www.akifimtiyaz.com .

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s