KISAH 10KM SETERUSNYA- IJMHALFMARATHON2017

IMG_3638
T-Shirt Rasmi & BIB Rasmi

Hanya berbekalkan 3 kali training je dan jarak antara larian lepas ROCK STAR RUN (Klik Sini) hanya 2 minggu sahaja aku pasrah ja kalau aku kecundang di tengah jalan untuk larian 10KM kali kedua yang aku buat ni. Tapi berbekalkan semangat yang jitu ALHAMDULILLAH aku berjaya melakukannya and yang paling penting aku tak berhenti untuk berjalan melenggang dan seangkatanya dengan malahan aku berjaya mengatasi rekod aku yang terdahulu. AMIN!

IMG_3660
Gambar Di Ambil oleh Bossku

Hahaha cerita epik pagi tu, sepatutnya aku berlari bertiga namun atas sebab tertentu rakan sekerja tak dapat join so aku berseorangan la tapi mujur ade teman dalam group ROAD RUNNER yang join jugak run pagi tu so aku bergerak dengan die je la. Bagi aku trail yang ni agak mencabar sikit daripada rockstar run tapi memang awsome la!

IMG_3650
ZIM – Ahli Road Runner

So layan la gambar gambar ni ya. Oh kepada yang baca ni jom la join aktiviti sihat ni takpe kalau tak mampu 10km amek ja yang 5km, kalau tak mampu berlari, jogging atau berjalan ja okai..

IMG_3662
Abang Basah Handphone Basah
IMG_3667
Sijil Dan Medal 

Next run insyallah ade masa lagi 1 Bulan untuk training heheh aku akan menyertai SP ( SUNGAI PETANI) HALF MARATHON so nantikan update seterusnya.

IMG_3673
Run Together Bond Stronger

#KitaSamaSamaKongsi

SELAMAT HARI LAHIR PUJAAN HATI

Mana dia……

Kekasih Hati…

Mana Dia…

Pujaan yang ku sejati….

 

Hahahahah ok lirik berkenaan kena dengan tajuk kan… Coretan kali ini dedikasi khas untuk orang yang membesarkan abang dengan jayanya iaitu mak abang Sahtiah Mohd Hashim sempena dengan ulang tahuk eklahiran nya yang lalu. Alhamdulillah sempat buat sambutan kecilan-kecilan bersama keluarga kecil kami.

IMG_2601

Huhuh si kecik ANGGUN INSYIRAH pun ada, memang gewammmnyaa dekat die ni, ye laaa anak buah baru sorang kan anak sendiri tah bila tah nak dapat hahahaha. Insyallah uolss doakan nanti ya.

Disini just nak mengucapkan MAK SELAMAT HARI LAHIR, semoga terus panjang umur, di murahkan rezeki diberikan kesihatan yang baik berpanjangan dan sentiasa terus mendoakan anak anak mak ini berjaya dunia akhirat. Terima kasih atas titik peluh keringat yang membesarkan kami selama ini.

IMG_2589

MAK ORANG SAYANG MAK

#KitaSamaSamaKongsi

ROCKSTAR RUN – BERLARI BAK SUPERSTAR

Kemain tajuk entry ko kali ni kan, hahahahaha persis JUARA LAGU. Bahhahaah kali ini abang nak kongsikan cerita dan susur galur perjalanan program larian yang baru sahaja abang sertai selepas HARI RAYA AIDILFITRI yang nescaya menternak lemak dengan jayanya. Selepas episod larian STANDARD CHARTED (klik Sini) bulan Mei yang lalu larian abang terhenti dik bulan puasa dan syawal yang menjelma.

Untuk makluman juga abang mencuba untuk beraksi buat pertama kalinya bagi kategori 10KM pula. Perghhhhh macam tak caya kan. Walaupun training die yang yang ado ja tapi alhamdulilah abang berjaya melaksanakan nya. Nah pose abang sejurus tamat acara.

IMG_3037

Semua peserta dah start berkumpul di depan PLAZA SHAH ALAM SEK 9 kira-kira jam 6 pagi kerana flagg off  dijangka pada 6.30 pagi. Sesi warm up dijayakan oleh trainer zumba yang berpengalaman yelah kene la warm up dulu kang tak pasal terseliuh sana sini pulak. Menurut penganjur THE RUNNING DIVA MALAYSIA kira-kira 3700 terlibat bagi larian ini wowwwwww.

IMG_3030

Bila dah dilepaskan abang pon berlari orang kata 5km pertama sangat penting untuk mendapatkan pace yang betul supaya ko takkan terpancit nanti alhamdulilah 5km tanpa berhenti abang berjaya lakukan. Lepas 5km tu ade la abang berlari-lari anak dan bermanja-manja dengan orang-orang sekeliling.

IMG_3035

Route kali ini agak ok laa dari Bukit tunku CHOW KIT RUN (klik Sini) tempoh hari naik pitam abang mendaki. Dan tak pernah tahu pulak selok belok sek 6 ni sampai ke bukit bandaraya sampai ke setia alam perghhhhh. Jauh jugak abang berlari ye hahahahaha. Ok layan je lah gambar abang ni ha. Oh lepas ja event kami pi brekafast dulu then singgah ke Dataran Kemerdekaan untuk ambil gambar POST – RUNNING.

IMG_3070

IMG_3059

IMG_3068

Next event – IJM SEREMBAN RUN jumpa nanti tegur tegur la.

 

#KitaSamaSamaKongsi

#JOMRAYA – Rumah Terbuka

Alhamdulillah, tiap tahun kalau ada rezeki lebih pasti takkan lupa menjamu sanak saudara dan kawan-kawan terdekat untuk Rumah Terbuka. Tahun ni sekali lagi dapat menganjurkan aktiviti setahun sekali ni. Dapatla juga menghimpunkan sanak saudara dan teman teman yang lama tak jumpa.

Hahahah jemputan sudah pun diedarkan sekitar seminggu sebelum tarikh rasmi. Alhamdulilah ramai yang bagi respon nak hadir so macam dah pandai bajetlah nak masak untuk berapa ramai nanti. Ni Haaa contoh Kad Jemputan yang dihantar melalui whatsapp. Kelasss kan hahahah

IMG_1627

Sehari sebelum pula sibuk la melakukan segala persiapan memotong bawang bagai dan tak lupa juga membakar kek yang memnag first time buat =) Nasib jadi. Kek yang tersedia di hidang haritu ialah Kek Coklat Kukus, Kek Marble dan Kek Pelangi. Bersilat juga la di dapur nak menyiapkan kek kek ni.

 

Ke-esokan hari bermulakah sesi rewang didapur hahahahaha antara menu menu yang sempat disiapkan:

IMG_1830
Aglio -Olio

 

 

 

Alhamdulillah ramai yang hadir pada hari tersebut. makanan pon habis semuanya. Rezeki semua yang datang hari tu.

IMG_1834
Tetamu Paling Awal
IMG_1863
Geng Zumba
IMG_1843
GENG BBK GURLS
IMG_1837
KAK HUSNA DAN KELUARGA
IMG_1839
LUKMAN DAN TEMAN 
IMG_1859
SEPUPU MAK 
IMG_1858
CIKGU AKA MAK SEDARA sempat ambik gambar =)

Thank you semua yang datang! Penat tapi puas hahahahahahah. Insyallah next year kita buat lagi ya. bye #KitaSamaSamaKongsi

RAYA OOTD

Fuhhh agak bersawang blog kita ni. Almaklum la raya kan sebulan katanya. So blog pon ikut cuti raya. Sebelum abang menulis panjang karangan hari ini abang ingin menyusun ampun dan maaf pada semua teman teman yang membaca posting ini Selamat Hari Raya – Maaf Zahir dan Batin dan terima kasih kerana terus menyokong blog hamba ini. =)

Baiklah bercerita pasal Hari raya ni abang pasti bukan setakat nak tunjuk juadah enak, lemang ketupat, biskut raya , langsir rumah dan sebagainya tapi pasti juga korang nak tunjuk baju apa yang korang gayakan ketika pagi raya hari tu kan. Tipulah kalau tak de anda semua yang tak menunjuk baju raya anda tu penat penat bersesak membeli takkkan nak simpan dalam gobok je kan.

So hari ini abang sahaja la nak kongsi baju baju yang abang pakai masa Hari raya tempoh hari. Kita mulakan dengan

HARI RAYA PERTAMA

IMG_0924

Set persalinan Baju Melayu ni abang beli di Jakel Mall Kuala Lumpur sekali dengan sampin nya. ENtah la abang rasa abang sesuai kot dengan baju melayu Jakel ini potongan die kain die semua okai kira memnag letop la. Pilihan warna Hijau Mint ini dipadankan dengan sampin merah jambu cair !! Nahh jambu abang di pagi raya! Sampai ke petang abang menyarung baju melayu ini, nampak segak tak hahahahah.

HARI RAYA KE 2

IMG_1040

Dah alang-alang abang beraya di Perak #TeamRayaPerak abang pun tidak melepaskan peluang ke Teluk Intan untuk mendapatkan gambar #OOTD hari ini yang berlatar belakangkan  bangunan ikonik teluk intan yakni Menara Condong. Baju yang ke 2 ni Kurta Moden dari Rizalman Ibrahim. Ya memang selesa dan sejuk je rasa walaupun di tengahari panas terik. Lepas juga niat nak kesini sebab seumur hidup ni kira pertama kali laa baru sampai kat sini.

IMG_1054

Oh tak lupa juga abang singgah di Kellies Castle yang terletak di Batu Gajah Ipoh perak. Sakan berjalan raya ke 2 ni .

 

HARI RAYA KE 3

IMG_1181

Hari ni tak pakai Baju Melayu tak juga pakai baju kurta, hanya menyarung sepersalinan moden yang dibeli sebelum puasa lagi Harga Baju dan seluar tak sampai rm100 pun uolss. First time pakai baju color ni macam ne uolss sesuai tak!! Hahahha Hari ke 3 ni berjalan ke Gopeng dan seterusnya ke Ipoh jumpa saudara mara dan kawan kawan di IPOH. Kenyang sampai malam uolss.

Begitulah ceritanya beraya di Kampung. lepas itu abang pon terus beraya di Kuala Lumpur dan tentunya event event raya pun meriah selepas ini. Jom tengok pulak Event Raya punya OOTD.

Majlis Rumah Terbuka MB NEGERI SEMBILAN

IMG_1585

Haaa ni first time abang pergi ke Rumah Terbuka MB ni. Memang ramai laa yang datang, Abang pi pon sebba teman boss je. Kena naik bas shuttle, Tapi tengok masjid die ni cantik kat Bandar Ekar terus la posing uolsss. Baju ini abang gune sejak Tingkatan 2 dan masih elok sampai sekarang tapi Almaklum la besar sikit, lepas tu padankan dengan sampin koleksi sendiri dan seluar hitam. Jadilah Bangsa JOHOR

 

Majlis Rumah Terbuka SWM Environment Sdn BHd – HQ

IMG_1746

Well abang just pakai baju Raya pertama haritu tiada apa apa tambahan hahahahahah nak berjimat untuk majlis seterusnya.

 

Majlis SWM KASIH Senyum Syawal

IMG_2031

Haa Baju ni di beli bila abang langsung tak teringat untuk bawak baju dari KL untuk dipakai. Terus ke Jakel Senawang terus beli, Baju dengan sampin so semua dah tau tahun depan punya tema baju hahahahahahah. Cantik kan.

 

Majlis Penghargaan EN MAHADI ABD TALIB & JAMUAN AIDILFITRI STAFF SWM NS

IMG_2509

Baju KHATAM KL ni memang besti giler! Selesa ja pakai walau pun berpanas ke tak terasa nak keluar peluh! Memang selesa la. Dan terasa nak beli lagi. Actually baju ni baju kurta Moden so abang jus pakai bersama seluar panjang hitan lengkap bersampin dan kasut daro TOMAZ menag kene kan TOP to TOE huhuhu.

 

Majlis Mesra Hari Raya Aidilfitri Anjuran Bersama SWCORP, SWM, PESANS

IMG_2755

 

So uolsss kerja macam abang ni memang best, sebulan raya ras-rasa 30 pasang baju kene beli hahahahahah. Tak apa laa janji kita pandai mengenakan baju yang sesuai ke majlis-majlis seumpamanya. Mix And Match pon perlu gak supaya baju dalam almari ko tu tak de la penuh!!