AIS KACANG VERSI KOREA

Asal kau balik KL je makan makan dan terus makan lepas tu gaduh GEMUK hahahahahah. Wel itulah Aku nak nak ade kawan sekali yang memang suka makan. memang menjadi la. Hari sabtu lepas after balik kerja dah janji dengan kawan ni nak ke Kenanga Mall untuk cari patching setelah beliau membaca kisah DIY PATCHING pada entry yang lepas. Bawak la dia. Ingat nak beli patch tu je rupanya berjalan sakan shopping hahahahahaha.

Lepas shopping tu dia punya laa nak makan snow ice korea duk pulun la google yang mana yang sedap dan jadi trending. Lepas tu terjumpa la satu Restoran ni tapi alkisahnya di Bangsar pergi la kau merayau memalam hari di Bangsar. Tapi disebabkan laporr katanya akibat bangun lewat kami singgah di BAKSO MONSTER katanya milik pereka fesyen Jovian Mandagie. Makanan nya pon sedap lepas tu interior die memang VAVAVOMM. Tapi yang duduk KL memang tahu la kan betapa hazabnya nak parking kat Jalan Telawi ni. Nasib abang masuk je terus ade kereta nak keluar hahahaha rezeki.

IMG_8455
Cantikkan Background Belakang Ni

Lepas mengenyangkan diri dengan main course berlalu la kami pergi menuju kedai Korea tersebut. Menapak jugak la dari bakso Monster tu. Hahahahahah. APa nak buat gigihkan diri la jugak. heheheh Akhirnya sampai jugak kat Hanbing ni betul betul tepi Nurita Harith punya Butik.

 

IMG_8452
Hanbing Restoran

IMG_8441Masa dah sampai kat situ, memang ramai orang kat Restoran terpaksa la menunggu walau ade meja kosong yang 3-4 seater die xkan bagi kalau ko berdua je sebab takot ade yang lain datang nanti. Nasib baik waktu kita orang pergi tu xde lah tunggu lebih dari 10 minit hehehehe tapi kat dalam dah penuh so kena la duduk luar.

IMG_8451
Full House

Ingat kan Restoran ni jual Snow Ice tu je rupanya banyak lagi pilihan makanan. Tengok la next trip kalau berkesempatan. Tapi Snow Ice manggo ni ya ampun memang berbaloi dengan harganya Rm28. Mangga die banyak giler menang 2 orang pun tak habis tapi hakikatnya kawan ko je yang sorang tu habiskan. heheh.

IMG_8447

IMG_8448

IMG_8449

IMG_8450
Imej Rakaman IPhone 6 Je=)

Well bagi yang teringin tu boleh la singgah sini tapi banyak je restoran korea yang jual bende alah Air Batu Campur versi korea ni. hehehe Selamat Mencuba. #KitaSamaSamaKongsi

IMG_8454

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s