Murah – Restoran Jepun

IMG_8341

Selain makan makanan Jepun di Sushiking atau Octopus aku tak de pernah try tempat lain makan makanan Jepun ni heheh sebba takot tak biasa. Lama juga la mengidam nak makan dari awal tahun hari tu tapi asyik tak dapat je. heheheheh Tapi Alhamdulillah rupa-rupanya kat Seremban ni ade satu restaurant dalam Club area Sendayan ni. Ya Allah lepas mengidam dapat makan.

Al-kisahnya singgah satu Club ni kat Sendayan nak buat lawatan nak tengok bilik-bilik meeting untuk management meeting lepas tu orang kat club ni cuba recomend untuk makan kat Restoran ni, selalunya ade event ja kat sini tak dela terniat nak masuk kedai yang Maha Ekkslusif ni tapi bila tengok harga uolsss memang mampu milik dan lebih murah dari yang lain.

Nama restoran nya HARUTA – JAPANESE CUISINE, nak tahu apa makna Haruta? nah baca la maksudnya yang abang snap picture dari buku menu restoran ni ha..

IMG_8344

Die punya dekorasi pun Ya ampun seperti berada di Bumi Sakura. hahahhaah over lah kau!! Ade Bilik private ade juga tempat makan diluar tapi yang bawak family tu boleh duduk dalam bilik private seperti berada dalam bilik Doraemon yang ko tengok kat tv dulu. Memang ambiance die sebijik dekat Jepun walaupun tak pernah sampai lagi.

Sebab ko first time makan sini kau tanya la waiter die untuk suggest menu dalam set yang murah tu RM19.80nett. Kau boleh minta untuk dihidang dalam set bento ataupun platter bagi aku better kau order lepas mintak die hidang dalam platter then make sure la kawan kawan ko yang lain order lain lain so semua boleh rasa seorang sikit hehehehe kan dah jimat.

Dalam Set RM19.80 ni ade STARTER, SASHIMI (Isi Ikan Di Makan Mentah), MAIN COURSE & SIDE DISH untuk set Main Course akan ade Nasi, Miso Soup and Dessert. Nah tengok Gambar yang kita orang order semalam.

Starter : Baby Octopus & Spider Maki(Soft Crab Roll) menu lain ade Kuragi(Jellyfish), Chuka Wakame(Seaweed) & Cali Maki(Sushi Roll)

IMG_8357
SASHIMI – ABURA(White Tuna)
IMG_8371
Main Course Dalam Set Bento

Dah habis makan Main Course dalam set Rm19.80 nett ni jugak ade Side Dish banyak jugak pilihan makanannya hahahahaha ingat dah habis dah kan tapi ade lagi. Ini yang kami order :

Gambar 1: KOROKKE (Croquette) Bergedil Jepun ahhahaha, Japanese Dumpling dan Tofu Oroshi Ae semuanya sedap uolssss. Ade lagi ade manisan kuih Mochi ade 3 perasa Kacang Merah, Pandan dan Peanut Butter haisshh semua laa sedappp.

So banyak kan Rm19.80 kalah semua Restoran makanan jepun yang ade kat Malaysia ni hahahahah. Memang kenyang laa sampai ke petang tak mencari makanan lain. Yang dah ade kat Seremban ni jangan lupa berkunjung kesini kalau dari KL tu nak pegi makan jangan lupa ajak saya ye … HAHAHAHAH

IMG_8365
Team Makan

#KitaSamaSamaKongsi

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s