LAST DAY – MENGEMBARA MEDAN

Kunjungan ke Medan pasti tak lengkaplah jika anda tidak berkunjung ke Istana Maimun, istana lama kesultanan Melayu Deli yang dibina sejak tahun 1888 lagi.  Rata-rata pengunjung yang berkunjung kesini akan menyarung busana tradisional Melayu Deli yang disewakan untuk mereka mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan. Dengan Caj masuk yang agak berbaloi anda akan dapat belajar tentang serba sedikit tentang Sejarah Kesultanan Melayu Deli yang bertapak di Medan. Khabarnya Istana ini juga sering menjadi tempat keraian yang melibatkan Sultan Melayu Deli.

DCIM100GOPROGOPR0772.
Berhadapan Istana Maimun – Go Pro Hero 4
Baju Kesultanan Melayu Deli
Baju Kesultanan Melayu Deli

Tidak jauh dari Istana Maimun ini berdiri teguh Masjid Raya juga menjadi ikon kebanggaan Kota Medan. Selain daripada Istana Maimun bangunan Masjid ini juga adalah peninggalan dari Kesultanan Melayu Deli yang dibina sejak  tahun 1906. Masjid ini juga menempatkan makam beberapa ulamak dan keturunan Sultan di Medan.  Memang cantik sungguh Masjid ini dari pelbagai sisi.Antara bangunan lama yang masih kekal sehingga kini ialah Kantor Pos Indonesia atau Pejabat Pos Indonesia di tengah bandaraya Kota Medan

DCIM100GOPROGOPR0743.
Masjid Raya Medan
IMG_5754
Masjid Raya Medan – Pintu Masuk

Sewaktu saya bersiar-siar di Kota Medan ni saya menggunakan perkhidmatan Becak dengan harga sekitar 200000RP, Alhamdulilah semua tempat die cover. Tempat shopping yang gemarkan berbelanja seperti Telekung, Kain Batik dan Pelekat bolehlah berkunjung ke Pajak ikan atau Pasar Ikan. Dan saya juga sempat membeli kek lapis dan Bika Ambon dari Kedai Bika Ambon Zulaikha memang puas hati.

IMG_7815
Pic Google – Kedai Kuih Bika Ambon Zulaikha
IMG_7814
Bika Ambon Zulaikha – Pic Google

Seperti biasa antara tips perjalanan kali ini ialah , pastikan anda membuat rujukan sebelum ke sesuatu destinasi untuk memudahkan perjalanan anda. Pastikan juga anda menukar duit sebelum tiba ke sesuatu destinasi mungkin kadar tukaran wang tidak sama dengan negara asal anda dan akhir sekali rancang perbelanjaan anda tak salah berbelanja Cuma pastikan kuota bagasi anda mencukupi semasa melakukan penempahan tiket kapal terbang bagi mengelakan caj berlebihan.

Mengembara Medan Day 1 (Klik)

Mengembara Medan Day 2 (Klik)

Mengembara Medan Day 3 (Klik)

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s