MENGEMBARA MEDAN DAY 3

Sipiso-Piso Di Berastagi

Setelah dua malam di Pulau Samosir, keesokan harinya saya ke Berastagi, sebuah lagi kawasan yang sering menerima pengunjung yang ramai. Untuk kesini pula perjalanan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Sebelum sampai ke Berastagi pastikan anda singgah di Air Terjun Sipiso-Piso sebuah lagi tempat menarik di Sumatera Utara.  Air Terjun yang setinggi 120 meter ini merupakan Air Terjun tertinggi di Indonesia. Bagi pengembara solo, anda boleh menaiki teksi untuk kesini atau menaiki angkutan kota yang jauh lebih murah dan meminta pemandu teksi/angkutan tersebut untuk berhenti di simpang Merek. Setelah setengah jam disini saya meneruskan perjalan ke Berastagi lebih kurang 2 jam lagi perjalanan menuju kesana.

Nak beli makanan kat sini ok ahhahaah aku beli goreng pisang dan cucur udang kat sini boleh tahan juga huhuhuhuh. Nak masuk Sipiso-piso ni kene bayar satu kepala 10000RP huhu. Masa ni tak banyak sangat amik gambar sebab driver tu pesan 20 minit je sebab nak ke Berastagi dalam 2-3 jam lagi … Perghhh

Pajak Buah atau Pasar Buah Berastagi sangat popular kerana anda boleh mendapatkan buah-buhan yang segar dengan harga yang murah, Selain itu cenderahati juga di jual disini. Sesekali ade juga peniaga yang akan menjual buah strawberry yang sangat murah dan manis rasanya. Bagi pengunjung yang ingin menaiki kereta kuda mengelilingi kawasan Berastagi inilah masanya nyata para pelancong yang membawa anak-anak tidak melepaskan peluang bersiar-siar di kawasan ini dan juga mengambil foto kenang-kenangan. Berdekatan dengan kawasan Pajak Buah ini terdapat sebuah Taman Awam  iaitu Bukit Kubu, yang juga menjadi tumpuan ketika waktu hujung minggu. Aku memang tak lama kat berastagi ni tapi bagi sesiapa yang nak stay kat sini satu malam ok juga berjalan-jalan kawasan ni.

Pengalaman yang aku takkan lupa bila naik bas dari Berastagi ke Kota Medan. Bayangkan satu bas hanya ade 20 seat penumpanbg shaja tapi sebab hari minggu mungkin konduktor bas tu sumbat penumpang dah macam tin sardin tak de kerusi dorang bagi bongkah kayu duduk, tak de tempat duduk dorang suruh naik atas bumbung ko rasa? Hahahahahahaha.

Kembalinya dari Danau Toba dan Berastagi pastikan anda bermalam di Medan. Bagi yang ingin mencari deretan restoran dan kedai makanan yang menyajikan pelbagai masakan anda harus berkunjung ke Merdeka Walk di tengah kotaraya Medan. Dari masakan tradisional hingga ke masakan barat semua anda boleh dapatkan disini. Usai makan malam anda boleh berkunjung ke Menara Air di kota Medan antara mercu tanda Kota Medan. Di Kota Medan ini antara pengangkutan utama yang terdapat disini ialah Becak (Motosikal Beca) dan Angkuta Kota (Van Penumpang) kadar tambang bagi setiap kenderaan ini bergantung kepada jarak jauh hotel ke kawasan yang hendak anda tuju.

IMG_5715.JPG
Nasi Ayam Penyet 

Di Medan aku menginap di WISMA SEDERHANA (boleh tengok kat Agoda) harga memang affordable dan boleh pesan makanan kat hotel ini yang pasti halal. Walaupun harga murah Hotel ni tetap sediakan breakfast heheheehe =) Kat gambar bawah ni ade no Tel dan Alamat hotel ni.

IMG_5728

Sekian.

Mengembara Medan Day 2 (Klik Sini)

Mengembara Medan Day 1(Klik Sini)

Mengembara Medan – Majalah Libur (Klik Sini)

 

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

3 thoughts on “MENGEMBARA MEDAN DAY 3”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s