MENGEMBARA MEDAN DAY2

MENYELUSURI PULAU SAMOSIR

Perjalanan ku bermula seawal jam 8pagi. Breakfast makan apa? hahahaa roti dan TUNA sahaja bekalan dari Malaysia. Nyenyak juga la tido semalam walau tiada aircond mahupun kipas tapi sumpah tak rasa bahang panas dan tak berpeluh pon.

Tapi sebelum berjalan-jalan keluar nak meronda Pulau Samosir aku sahaja sahaja ambil angin pagi dekat kawasan hotel tengok boat boat yang mendatang membawa penumpang untuk ke Jeti berhampiran. Dah puas makan angin aku terus ke kaunter untuk dapatkan Skuter untuk aku pusing-pusing di Pulau Samosir.

Dengan harga RP100,000.00 aku dapat menyewa motosikal dengan dengan tangki minyak yang penuh. Pekerja hotel tersebut memberi beberapa pesanan sebelum memulakan perjalanan antaranya haruslah memakai topi kaledar untuk keselamatan dan juga tiada jaminan apa apa jika accident atau apa apa perkara yang berlaku di kemudian nanti.

BATU PERSIDANGAN

Destinasi yang pertama yang wajib singgah ialah di Ambarita yang merupakan tempat tumpuan pelancong kerana terdapatnya Batu Kursi Raja Siallagan atau lebih dikenali dengan nama Batu Persidangan. Terletak lebih kurang 5km dari kawasan hotel, pusat pelancongan ini menyajikan sesuatu yang menarik. Setibanya saya disini, terdapat beberapa kumpulan pelancong sedang bersiap-siap memakai kostum masyarakat batak untuk menari Tarian Sigale-Gale atau sambutan kedatangan.

DCIM100GOPROGOPR0581.

DCIM100GOPROGOPR0583.
Batu Persidangan

Antara yang menarik juga tentunya susunan batu batu yang membentuk kerusi dan meja ibarat untuk membuat satu persidangan atau mesyuarat.  Saya sempat bertanyakan pada penduduk disini, batu ini merupakan kawasan persidangan atau perbincangan bagi mengadili pesalah yang telah melakukan kesalahan atau melanggar adat dan tentunya bagi yang bersalah hukuman pancung akan dilaksanakan.

Kawasan Huta Siallagan atau Kampung ini juga terdiri daripada 8 buah rumah batak yang merupakan penempatan perkampungan asal yang dibangunkan oleh Raja Laga Siallagan sendiri. Di sekelilingi kawasan ini terdapat tembok dinding yang di bina mengelilingi kawasan penempatan ini bagi mengelakan daripada sebarang ancaman binatang buas mahupun serangan dari suku kaum yang lain.

GOPR0575.JPG

AIR TERJUN EFRATA

Saya meneruskan perjalanan menuju ke lokasi seterusnya yang terletak lebih 40 km ke Pangururan, di mana terletaknya Air Terjun Efrata. Dengan keadaan lalaluan yang berbukit hampir setiap ketika saya berhenti di tepi jalan untuk merakamkan gambar pemandangan di sekitar kawasan berkenaan. Mulut acapkali menyebut subhanallah atas kebesaran ciptaan tuhan yang ESA.

Untuk pertama kali ke sini, anda tidak perlu risau tentang makanan halal, di sepanjang jalan menuju ke lokasi Air Terjun ini terdapat beberapa gerai yang menyajikan masakan islam terutamanya di kawasan pekan Pangururan atau anda boleh mendapatkan snek halal di kedai serbaneka berdekatan. Setelah lebih dua jam perjalanan akhirnya saya tiba di kawasan Air Tejun Efrata.

GOPR0724.JPG

Kawasan Air Terjun Efrata.JPG

Menurut penjaga kawasan Air Terjun ini kebiasaanya kawasan ini akan di penuhi pengunjung biasanya pada hari Ahad atau cuti umum. Saya melepaskan seketika penat lelah disini sebelum pulang ke Samosir. Bagi yang ingin datang jangan lepaskan peluang untuk mandi-manda di kawasan ini.

IMG_5578.JPG
Air Terjun Efrata

Antara tempat menarik di kawasan ini ialah, Menara Tele untuk menyaksikan keindahan Danau Toba dari aras tinggi dan kawasan Air Panas yang sentiasa mendapat perhatian disini.

IMG_5529Dalam perjalanan menuju balik ke Hotel, saya singgah di Tomok, sebuah lagi perlabuhan yang berdekatan dengan kawasan Hotel, disini anda juga boleh mengenali masyarakat batak melalui Muzium yang disediakan disini. Jika anda ingin mendapatkan buah tangan atau cenderahati disinilah tempatnya pastikan anda pandai tawar menawar untuk mendapatkan harga barangan yang terbaik. Aktiviti malamnya pula saya ade persembahan kebudayaan dari masyarakat setempat di Hotel tempat saya menginap jadi aktiviti malam juga terisi dengan pendedahan budaya masyarakat setempat.

Nota:

  1. Perjalanan Ke Efrata ni memang  jauh pastikan anda membawa air minuman yang cukup mana tahu kehausan ditengah jalan.
  2. Memang ade Kedai Kedai muslim di kawasan pulau ni tapi saya sendiri kurang yakin jadi saya memang tak makan dalam kawasan pulau ni beli sahaja di kedai serbaneka.
  3. Pastikan anda pakai SUNBLOCK walaupun anda tak berpeluh tapi yakin lah anda akan terkena SUNBURN kalau xpakai. Seksaa woiiii
  4. Jangan risau minyak dalam motor ni memang cukup cukup untuk sehari berjalan ke kawasan Efrata dan balik ke tomok .
  5. Jalan nak menuju ke Efrata ni ade certain kawasan tak berturap so jangan jadi gelabah kalau dah masuk kawasan ini.

Sekian.

#MengembaraMedan

DAY 1 (Klik Sini)

Kembara Solo Medan Majalah Libur (Klik Sini)

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

2 thoughts on “MENGEMBARA MEDAN DAY2”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s