#KitaSamaSamaKongsi – Lipas

#ShahSygSemua

CN3k5oGUkAAl9g5.jpg
Sumber : google

Pasti ada yang menjerit tak juga yang hilang jantan nya bila nampak benda ni kan. Hahhahahaha macam tulaa hakikatnya selagi die merayap die ni Lipas tapi bila dah terbang die dah jadi BABI atau mungkin setan hahahahahaha. Banyak kali juga abang dah terbaca dalam blog blog juga di media sosial lain pasal cara-cara nak hilangkan lipas ni terutamanya dalam kereta masing masing.

Well nampak semua posting posting kata berjaya testimoni nya. Abang pon try la letakan di dalam kereta abang yang cantik lagi da Booom KU BED (nama kereta kuning abang). Bahan bahan yang di perlukan ialah bekas plastik, minyak masak yang diguna, juga satu sudu marjerin/butter. Tapi sebelum mengambil bekas plastik itu pastikan ianya bukan lah jenama tupperware yang akan buat mak mak anda atau mungkin bini bini anda memegang batang penyapu selepas tahu tupperware nya hilang hahahah (gurau je)

IMG_7483
Bukan Jenama Tupperware

Dah letakan minyak tadi dalam bekas dan juga satu sudu marjerin letakan dibawah seat dan biarkan semalaman. Tapi make sure kalau nak letak tempat lain macam di boot kereta ke pastikan minyak tu xbanyak dan kereta tidak bergerak takut hal lain pulak yang jadi.

IMG_7485
Letakkan Bawah Seat Kereta Anda

Ok letakan macam tu dan biarkan semalaman, Abang pin tak sedar bawah seat abang tu ade banyak khazanah yang tidak ternilai bahahahahah. Dan esoknya kita akan tengok apa yang terjadi dalam bekas tu.

IMG_7504
Hai Lipas Betulke Tak de?

Taraaaaaa. Selepas semalaman abang biarkan bekas tersebut bawah seat kereta abang, boleh disimpulkan bahawa:

  1. Kereta abang memang tak da lipas dan mungkin abang bukan buat kenduri dan memasak dalam kereta abang tu.
  2. Abang sejenis jimat cermat dan pembersih sampai lipas pon tak berani nak masuk kereta.
  3. Atau Lipas lipas ni dah educated sebab dah terbaca dalam blog, FB orang lain so dorang dah tak tertipu lagi bahahahahaha.

So kalau korang ade tips tips yang best untuk dikongsikan boleh la PM abang #KitaSamaSamaKongsi  .

Sekian

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s