CHOW KIT RUN 2017

8th April 2017 – Saturday

#ShahSygSemua

Alhamdulillah berakhir sudah Sabtu minggu ni. Terisi juga dengan aktiviti yang sangat sihat. Sempena dengan misi #1Month1Run akhirnya terlaksana juga misi bulan ini. Seperti biasa info mengenai larian ini boleh tengok kat Myrunners.org . Masa program ini juga kenal seorang dari Yayasan Chowkit melalui Linked In saudara Yazman, so selain daripada berlari melalui event ni jugak banyak kenal kawan kawan baru .
IMG_7418.JPG
Yazman (Baju Merah) Bersama Penyampai Bernama Radio
Selain tu ade juga tolong Yazman dari segi jemputan Media untuk program pelancaran sidang media Chow Kit Run tempoh hari dan juga aturkan jemputan untuk interview di Bernama Radio. Terima kasih juga kepada penerbit dan saudari Raifa😄. Oh yaa masa sidang media ni juga first time dapat jumpa Pelumba F1 Malaysia Alex Yoong , dapat juga laa selfie heheheh.

17522931_10208426663012259_2055151192020275953_n.jpg

Masuk Hospital.
Kuasa tuhan maha pemberi kesihatan dan juga menarik nikmat kesihatan itu. Malam Selasa haritu, lepas bermain badminton dengan officemate tetiba sakit perut yang teramat tapi macam abaikan la mungkin angin kot.. just sapu minyak panas je😪😪. Pagi esoknya tanpa berlengah terus pergi klinik kat area seremban2 . Aku malas nak cakap buruk pasal klinik ni tapi bayang kan aku dah meronta sakit kat depan counter die boleh balik tinggalkan aku macam tu aje.. Kalau ikot hati memang nak keritkan aja tapi sebab sakit kan terus aku drive pergi Hospital dekat tempat kerja tu, parking je kereta terus masuk emergency room, doktor terus suntik ubat gastrix lepas tu memang terkentut laa sebab angin keluarkan. SAH MEMANG GASTRIX.
IMG_7402.JPG
Cucuk sana-sini
Berkampung di Hospital
Ni kali ke2 kene lepas tahun 2014, doktor suruh masuk ward untuk buat rawatan lanjut, hari first kira macam azab sikit laa bayangkan masuk jam 8pagi lebih kurang jam 1 baru masuk wad. masa ni buat ultrasound dulu tengok apa yang tak kena 😒 nasib tak jumpa baby dalam perut . Dah masuk wad pulak doktor tak bagi makan Alkisah haritu jam9 malam baru makan tapi Doktor kata lepas kul 12 malam makan tak boleh minum pon tak boleh sebab esok pagi nya ke buat Endoskop.
Berbeza tahun 2014 tahun ni lain sikit endoskop nye sebab bila masa nabuat tu doktor bagi ubat tidur serious wei aku tak sedar apa, sedar2 dah ade dalam Ward. hhahahahh. Pagi endoskop petang buat CT SCAN plak ni pon first time masuk dalam ni dah macam X MEN aku rasa. hahahahah sebelum die start die ade masukan cecair dalam badan tujuan die nak tgk darah katanya, tapi bila masuk je dalam badan rasa panas anak tekak kesan daripada air tu. Orang tu cakap memang normal😥😥
IMG_7421.JPG
Rupa masuk Hospital 
Ni dah start dah lusa dan berlari tapi tanda-tanda nak keluar hospital tak ade lagi. Hahahahaha risau plak aku terperap. Serious kali ini BOSAN tahap GABAN duduk dalam ward kali ini. Akhirnya jumaat petang dalam pukul 7 datang la Doktor ni die bagi tahu dah holeh discharge. Tuhan je tahu perasaan nak melompat. Lepas settle semua terus drive balik KL 🚗
Berlari 6KM
Selepas Alor Star Half Marathon March lepas aku meneruskan misi #1month1Run. Seawal jam 530pagi dah bangun. Siap siap terus ke Station Lrt Pandan Jaya, Parking dekat situ naik LRT turun di SULTAN ISMAIL st. Biasa la time run parking memang hazab la. Tepat jam 7.30 pagi peserta di lepaskan Route kali ini agak mencabar nak nak selepas 2KM lepas route ni je mendaki die lebih kurang 1km juga.. Jenuh weii bahahahahahahahhha.
IMG_7454
Selesai 6km
Alhamdulillah hanya 45minit sahaja selesai 6km ni macam new record jugak la walaupun baru keluar hospital. Ok layan gambar gambar ni je okai.
Sekian.

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

2 thoughts on “CHOW KIT RUN 2017”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s