ALOR STAR HALF MARATHON

17-18th March – Friday&Saturday
Setelah di Melaka, aku menjelajah pula ke Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman untuk Alor Star Half  Marathon. Walaupun program nya hari Sabtu aku ke sana awal sehari almaklum Kedah ni ibarat rumah ke2 aku yelah sebab study kat sini dulu kan.
NAIK PUBLIC TRANSPORT KE AIRPORT SUBANG
Jumaat pagi tu aku menaiki Flight Malindo di Subang, sebab ni semuanya low cost kan so aku tak drive nak ke Airport. So ni nak share la sikit. Dari rumah aku naik RAPID PUTRA menuju ke ARA DAMANSARA, sampai ARA DAMANSARA ade bas menunggu di bawah station yang menuju ke AIRPORT SUBANG. So total cost dalam Rm6.00 sahaja jimat ok!. Dari ko parking kat situ satu malam dalam Rm45.00 so ko dah jimat.
Then sampai je Alor Star Airport sebab tak ade orang amek so naik je Teksi sewa ke Hotel. KOS cuma RM25.00. Destinasi nya FULLER HOTEL belakang AMAN SENTRAL je very convinient okai harga pon murah cuma Rm88.00 sahaja. Sebab harga murah so memang tak ade breakfast la so jangan harap yang melampau-lampau. Oh masa sampai hotel ni eventhough check in sepatutnya jam3 sebab dah sampai awal mintak jugak staff kat kaunter tu checkkan kalau boleh check in awal, Alhamdulillah boleh juga terima kasih FULLER HOTEL sebab you give the good services to your customer sure!! i will come again👏😄
JUMPA ALI!!
 
Dah sampai Alor Star kene la roger kawan kawan kat sini. Tapi almaklum laa ade yang busy tak sempat laa nak jumpa tapi yang sorang ni memang dah bagitau awal dah nak mai Alor Star so wajib la jumpa hahahaha.
Malam tu kami jumpa kat BLACK CANYON di Aman Sentral ja borak borak pasal life, ni tengok dari zaman diploma dah ade anak dah ni hahahaha abang die jugak laa dok single lagi laa ni.
Dah habis jumpa Sapik,Ros & Ali so balik Hotel ade member ajak lepak NASI ROYAL weeii gilaa wei mai ALOR STAR tak datang sini weii nasib laa ade orang nak bawak dan yang penting esoknya nak lari okai. Hahahahahaha gasakk. Layan laa gambar gerenti jilat skrin PC/ TELEPON
BERLARI KITA 5KM PUSING PUSING ALOR STAR
Kali ini tak berlari sorang ade geng geng Amir, Sheda yang kenal laa pastu kenal kawan sheda and kawan Amir gak. Pagi tu depa dah gerak awal sebab ade yang amik 21km ade yang amek 12km kita yang biasa biasa ja 😄.  Route kali ini okai okai aja tak delah susah benor jalan pon mendatar je tak de bukit haahhah tu yang best tu.
Dah habis berlari semuanya kami berkumpul oh siap berzumba sekejap hehehe posing jangan cite laaa naik habis dah bateri phone layan kan gambar ya..
SG PETANI- KENDURI KAK IDA
Dah alang alang mai sini kebetulan, senior satu fakulti dulu bersanding so turun ke selatan sikit pergi kenduri. Sampai jaa apa lagi cari nasi uolss dari pagi tak makan !! Sumpah sedap lauk kenduri ni hahahahaa. Buat Kak IDA Selamat Pengantin Baru.
Selepas amek gambor dengan pengantin bergegas ke Alor Star kembali sebab takot berlakunya kes tertinggal FLIGHT hhahaahah,
Dah sampai AIRPORT dalam jam 3 petang walaupun  Flight 530ptg. YA ALLAH memang untung sampai awal ni … jumpa DATO JAMAL ABDILLAH weiii tergamam sampai jatuh jatuh barang hahahahaha MALU HABAQ mai bahahahahaha.Ni memang first time jumpa beliau. Oh masa kat Airport ni jugak jumpa member baru nama MIO hehehe die pun join larian ni gak .. SEE banyak kawan kita jumpa masa join program 😄
 
Sekian..

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

1 thought on “ALOR STAR HALF MARATHON”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s