SURIA FM PRIHATIN : HARI AIDS SEDUNIA

SURIA FM PRIHATIN : HARI AIDS SEDUNIA


Setiap 1 Disember merupakan HARI AIDS sedunia di mana objektifnya bertujuan menimbulkan kesedaran  kepada khalayak tentang bahaya AIDS akibat wabak HIV.  Suria Fm sebagai salah satu medium media massa  telah mengambil kesempatan  ini dengan menjemput aktivis sosial yang dulunya juga salah seoarang pengasas utama untuk Majlis AIDS Malaysia, Datin Paduka Marina Mahathir menyertai krew breakfast@suria .

Anak sulung kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad ini, juga berkongsi pengalaman beliau ketika bersama sama Majlis AIDS Malaysia (1992-2005) untuk menimbulkan kesedaran terhadap bahaya HIV ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Beliau berkata, Malaysia kini sudah pun mempunyai ubat-ubatan  yang khusus bagi mencegah wabak ini daripada berterusan terutamanya di kalangan pendukung utama negara iaitu kaum wanita. Tambah Marina lagi, kurangnya kesedaran terhadap  wabak ini  menyebabkan sesetengah golongan  yang terjebak  dengan virus ini dipandang serong oleh masyarakat walaupun penyakit ini tidak boleh berjangkit dengan sentuhan biasa.

Bertemakan “Getting To Zero”  pada tahun ini, Hari AIDS sedunia 2011 di harapkan dapat menimbulkan kesedaran kepada semua pihak .

Info breakfast@suria :
# Penyampai: Halim Othman, Shiera dan BOB
#  ke udara isnin hingga jumaat dari 5 pagi hingga 10 pagi .
#Fb: breakfastatsuria  # twitter : @breakfastatsuria
Lembah Klang – 105.3fm Ipoh – 96.0fm Kuantan – 96.1fm
Seremban – 107.0fm Taiping – 91.7fm Kuala Terengganu – 102.4fm
Melaka & Johor Utara – 88.5fm Perlis, Kedah & P.Pinang – 106.9fm Kota Bharu – 106.1fm
Johor Bahru – 101.4fm Kota Kinabalu – 105.9fm suriafm.com.my

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s