KONSERT KEMUNCAK RAYA SURIA FM

ehsan KOSMO 8.10

HIBURAN

Kemuncak Raya Suria FM 2011 gegarkan Putrajaya

DATUK SITI NURHALIZA menjadi pembuka tirai Konsert Kemuncak Raya Suria FM 2011 baru-baru ini.


SELARAS dengan fokus kepada lagu-lagu dari era 90-an hingga terkini, Suria FM telah berjaya melaksanakan sebuah konsert mega yang menggabungkan artis tempatan lama dan baharu untuk menghiburkan peminat serta pendengar mereka.
Konsert Kemuncak Raya Suria FM 2011 yang telah berlangsung pada 1 Oktober lepas bertempat di Dataran Putrajaya, Putrajaya telah berjaya membawa senarai nama besar dan berjaya menarik minat kira-kira 10,000 penonton yang hadir membanjiri dataran yang terletak di Presint 3 itu.
Selain bertema raya, konsert itu juga diadakan bagi menghargai pendengar-pendengar setia Suria FM yang sentiasa menyokong pertumbuhan radio mereka dengan penampilan artis popular tanah air.
Antara nama-nama besar industri tempatan termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan, Nurul Wahab, One Nation Emcees, Mawi, Yazer, Adira dan juga Awi Rafael yang mengadakan persembahan pada sebelah malam.
Sementara menanti acara kemuncak iaitu konsert utama yang bermula pada pukul 8.30 malam, acara pra konsert telah berjalan seawal pukul 3 petang di mana dua orang DJ, DJ Rezz dan DJ Naim telah mengendalikan acara Dj Spinning. Setelah itu, disusuli pula dengan persembahan beberapa artis baru serta 10 buah band Indie termasuk Dazmelon, Stubborn, Classmate Tanowarna dan ramai lagi.


“Ini merupakan kali ketiga konsert seumpama ini diadakan dan keseluruhannya sambutan dari peminat memang menggalakkan. Ini kerana, kami memberi keunikan yang mana artis-artis yang ditampilkan merupakan artis 90-an hingga kini.
“Sebenarnya kami mahu konsert ini diadakan lebih awal, namun oleh kerana ketiadaan lokasi kerana tarikh yang diingini penuh, ia terpaksa ditunda hingga ke tarikh 1 Oktober. Malah, kami merupakan stesen radio pertama yang mengadakan konsert raya sebegini,” jelas Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Azrul Mohd. Nor.
Akuinya lagi memang sukar untuk mengumpul artis-artis yang telah punyai platform dan nama besar dalam industri seni hiburan namun idea tersebut berjaya direalisasikan dan ia mengambil masa selama dua bulan untuk mengumpul kesemuanya di dalam sebuah konsert mega ini.
Selain itu, kos yang diperuntukkan juga amat tinggi, namun dengan sambutan dan kerjasama yang diterima, ia memang berbaloi kerana aktiviti seperti ini dibuat untuk peminat dan pendengar setia mereka.


“Suria FM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penaja, para artis yang terlibat serta rakan-rakan media yang terus menyokong kami. Sokongan dan kehadiran orang ramai serta semua pihak media memeriahkan lagi konsert ini,” akhiri Azrul.
Konsert Kemuncak Raya Suria FM pada tahun ini juga mendapat kerjasama MYEG – Penyedia Perkhidmatan Kerajaan Eletronik selaku penaja utama konsert dan Perbadanan Putrajaya di samping Knock4Six sebagai penaja bersama.

PEMINAT yang hadir cukup berpuas hati dengan hiburan percuma yang diberikan oleh barisan artis tersohor tanah air.

PENUTUP daripada tiga figura terkenal tanah air (dari kiri) Datuk M. Nasir, Amy Search dan Hattan dengan lagu Mentera Semerah Padi cukup meninggalkan kesan kepada peminat hiburan di Putrajaya.

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s