KERETA DAN DUIT RAYA SURIA

EHSAN UTUSAN MALAYSIA 28.09.2011

Proton Inspira milik siapa?

 


PENANTIAN 30 pendengar setia Suria FM bakal terjawab esok apabila Acara Kemuncak Kereta dan Duit Raya Suria FM 2011 akan menyaksikan salah seorang daripada mereka membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton Inspira.
Sejak 29 Ogos lalu, pendengar stesen radio itu perlu menunggu pembayang yang akan diberikan oleh penyampai Suria FM untuk mengetahui lokasi Proton Inspira yang telah dibawa ‘lari’.
Tiga penyampai segmen Breakfast @ Suria, Halim Othman, Sharifah Shahira dan Zizi yang menggelar trio mereka sebagai Kerinting Three, merupakan gimik kepada peraduan ini yang akan menentukan lokasi sebenar kereta berkenaan.
Setiap khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh pendengar dengan jawapan yang tepat, bakal melayakkan mereka menyertai acara kemuncak peraduan yang akan diadakan esok (29 September) di Tropicana City Mall, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Selain peraduan yang mendapat sambutan hangat pendengar, Suria FM turut menganjurkanKonsert Kemuncak Raya Suria FM Bersama myeg yang bakal diadakan pada 1 Oktober ini di Dataran Putrajaya.
Konsert tersebut bakal menghimpun beberapa nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M.Nasir, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan dan ramai lagi.
Konsert percuma itu dijangka bermula pukul 3 petang sehingga 12 tengah malam.
TERUSKAN DENGAR SURIA FM !!!!

SALAM SHAHSUTRAMAYA…

Suria FM
Lembah Klang – 105.3fm Ipoh – 96.0fm Kuantan – 96.1fm
Seremban – 107.0fm Taiping – 91.7fm Kuala Terengganu – 102.4fm
Melaka & Johor Utara – 88.5fm Perlis, Kedah & P.Pinang – 106.9fm Kota Bharu – 106.1fm
Johor Bahru – 101.4fm Kota Kinabalu – 105.9fm suriafm.com.my

KERINTING Three bakal menggegarkan Konsert Kemuncak Raya Suria FM Bersama myeg di Dataran Putrajaya, Sabtu ini,

Pengarang: shahrir2503

A Traveler. Music, Food & Fashion Lover

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s